30 March 2010

Blog Ini Berpindah Ke

Salam semua...
Pertama sekali jutaan terima kasih kepada semua yang selalu baca, komen dan ziarah blog Yana
Takde apa yang mampu Yana bagi kat korang
Tapi, kalau ada rezeki, satu hari nanti mungkin Yana akan buat perjumpaan, nak jumpa dengan korang. Insya-Allah. Nanti boleh la kita makan-makan kat kfc ke, mcD ke..kan..kan..??
Mulai detik ni, blog ni takkan diupdate sebab Yana dah beli hosting plus domain baru.
So, kalau korang nak tau lagi sedikit sebanyak tentang diri Yana dan cerita-cerita hangat, jom kita pergi kat sini ye..
Korang pun nanti update la kat link blog korang tu eh. Jangan lupa tau.
Satu lagi, kalau korang nak link korang ada kat blog Yana yang baru tu, sila tinggalkan komen ok!
Insya-Allah, Yana akan update dan komen2 kat blog korang..

Sebenarnya memang berat naj tinggalkan blog ni. Ye la, kat sini la Yana banyak belajar tentang coding.
Background yang Yana guna sekarang ni Yana edit sendiri, dan nilah hasil yang Yana puas hati sangat.
Sebelum ni pun edit sendiri jugak, tapi x berapa puas ati..hehe..
ok, usha ye blog Yana yang tu. Jangan lupa selalu2 komen dan blogwalking.
Yana pun akan selalu skodeng2 blog korang sebab sekarang ni free 24 jam.
Hehe..

jom..pergi sini..
♥♥ korang ♥♥

23 March 2010

Akademi Laut Malaysia (ALAM)

CONGRATULATIONS!

You have been selected for the interview as follows:

Date : 2nd April 2010
Venue : AKADEMI LAUT MALAYSIA (Melaka Campus)
Time : 8.00 am
Dress Code : Long sleeve shirt with neck-tie (for male) and proper attire (for
                         female). Jeans and slippers/sandals not allowed.


Erk,,rasa2 korang aku perlu ke x pergi interview nie..??? 
Please..please...pening nie..mak aku macam tak kasi je..abg aku pulak suruh pergi..
Tolong daku.....


p/s : Perempuan tak sesuai ke masuk ALAM nie..?? -_-

18 March 2010

Sheila On 7 - Anugerah Terindah Yang Pernah Kumiliki

Masih lagi dalam mood rindu kat Kem PLKN Batu Jong. PLKN, satu kenangan yang tak mungkin dapat kulupakan. Selain lagu Hijau, lagu Anugerah Terindah Yang Pernah Kumiliki jugak salah satu lagu yang wajib dimainkan sebelum masuk kelas CB. Waaa..rindunyer zaman di alam PLKN.



Melihat tawamu
Mendengar senandungmu
Terlihat jelas dimataku
Warna - warna indahmu

Menatap langkahmu
Meratapi kisah hidupmu
Terlukis jelas bahwa hatimu
Anugerah terindah yang pernah kumiliki

Sifatmu nan selalu
Redakan ambisiku
Tepikan khilafku
Dari bunga yang layu

Saat kau disisiku
Kembali dunia ceria
Tegaskan bahwa kamu
Anugerah terindah yang pernah kumiliki

Belai lembut jarimu
Sejuk tatap wajahmu
Hangat peluk janjimu

16 March 2010

Zainal Abidin - Hijau

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda pernah dengar lagu Hijau? Secara jujurnya, aku tak pernah tahu tentang lagu ni hinggalah aku masuk ke dunia PLKN. 10 minit sebelum kelas CB bermula, mesti lagu ni akan kedengaran. Best...memang best!! Untuk pelatih2 Kem PLKN Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan, terutamanya kepada pelatih2 kelas CB6 dan CB3, saya sayang kamu semua. Buat Cikgu Adlin, Cikgu Wani, Cikgu Naida, Cikgu Fahmi, Cikgu Sila dan semua jurulatih, anda tetap di hati kami...


Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

15 March 2010

Tudung Chiffon 2 Tone

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia semua. Kat PLKN macam2 salam yang aku belajar. Haha. Ok, entri kali ni khas untuk mereka yang bergelar perempuan, gadis, wanita, nisa dan hawa. Sekarang ni, terdapat pelbagai jenis tudung yang hangat berada di pasaran. Jadi, aku pun nak promosi tudung gak, erk..bukan aku yang jual tapi sekadar menolong seorang rakan untuk mempromosikannya. Anda tahu tudung apa ? Jawapannya seperti yang tertera kat tajuk di atas ; tudung chiffon 2 tone.


Tudung ni amat menarik kerana mempunyai dua tona warna yang berbeza.Pasti memikat setiap mata yang memandang. Ini serius!


Tudung ni bukan sahaja mempunyai tona warna yang berbeza, bahkan mempunyai corak-corak yang sangat menawan. Anda mahu corak apa? Bunga besar? Bunga kecik? Bunga raya? atau bunga tahi ayam mawar? Semuanya ada. Bak kata orang zaman dulu ; macam-macam ada. :)


Tudung ni sesuai dipakai untuk semua peringkat umur, dari sekecik-kecil budak hinggalah ke setua-tua semuda-muda auntie di luar sana. Jangan risau!


Tunggu apa lagi? Dapatkan Tudung Chiffon 2 Tone ni sekarang. Dijamin berkualiti dan harganya juga berpatutan. Sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk insan yang tersayang. Jadi, kepada kaum Adam, tak salah kalau anda pun beli tudung ni tau! Hehe... Kalau ada yang berminat, sila hubungi rakanku, Encik Hafiz melalui e-mail beliau : hafiz_pk[at]yahoo[dot]com

Cepat..dapatkan sekarang! TUDUNG CHIFFON 2 TONE..rugi kalau tak beli...

13 March 2010

KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST

Contest. Contest. Contest!!! Contest yang dianjurkan oleh FCU Community kali ni memang gempak gila. Banyak hadiah2 yang menarik yang boleh korang menangi. Memang rugi la kalau korang tak join. Jom kita usha serba sedikit tentang contest ni. Contest ni tak memerlukan korang memerah keringat ataupun tenaga. Terbuka kepada semua bloggers, korang hanya perlu mengumpul mata melalui 3 pilihan iaitu soalan utama, soalan bonus dan tugasan bonus. Memang menarik bukan?


Nak tau hadiahnya? Sebanyak 26 pemenang bakal memenangi hadiah yang amat lumayan. Aku nak bagitau banyak2 pun tak suprise la kan. Tengok sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST. Jom ramai2 daftarkan diri anda sebelum terlambat!!!

11 March 2010

Keputusan SPM

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tak baik bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tak mengetahuinya..." ( Al-Baqarah : 216 )

Sedih...
Sedih...
Sedih...
Tapi nak buat macam mana kan..terima je dengan rela hati..
Keputusan yang jatuh menjunam dari percubaan
Hampir separuh jatuh dari percubaan..
Sedih...
Sedih...
Sedih...

 
Copyright 2009 TOMORROW FOR SURE