Selama 5 hari kami, wira dan wirawati negara diberi cuti sempena Tahun Baru Cina, hatiku meronta-ronta untuk kembali ke kem semula. Kerinduan pada kem semakin hari semakin meningkat ibarat suhu bumi yang semakin panas. Tak kenal maka tak cinta, itu yang dapat aku simpulkan setelah mengikuti latihan ni. Aktiviti di kem kalau dilihat taklah seberat yang dicanangkan oleh pelatih2 yang telah tamat latihan. Bagi aku biasa je. Kami TIDAK dilatih untuk menjadi TENTERA, tetapi kami dilatih sebagai pelatih KHIDMAT NEGARA! Masih ingat entri aku yang ini? Aku berfikiran yang negatif tentang PLKN sehingga perlu mendapatkan khidmat nasihat dari seorang kakak yang juga seniorku. Tapi, cerita2 negatif tersebut hanyalah auta semata2. Kadang2 kelakar jugak bila ingat2 balik. Dulu bukan main tak nak masuk PLKN. Bila dah masuk, tak nak tamatkan latihan pulak. Haha... Aku komen sikit sebanyak tentang aktiviti kat kem ni.
15 February 2010
13 February 2010
Aktiviti di Kem PLKN Batu Jong
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Disebabkan permintaan yang amat banyak daripada semua, entri kali ini berkisar tentang pengalaman aku sepanjang hampir sebulan berada di Kem PLKN Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan. Aku tulis secara ringkas je sebab kalau panjang2 mesti bosan kan? Hehe..
Aktiviti bermula pada hari kerja iaitu hari Ahad hingga Khamis, dari pukul 6.15 hingga 11 malam. Begini kisahnya...
PAGI
Solat subuh berjemaah. Kemudian, jam 0630 berkumpul kat padang kawad untuk Physical Training (PT) pagi. Nyanyian Negaraku dan Khidmat Negara. Setiap kompeni akan bergilir untuk menaikkan bendera, tak kira la wira ke wirawati. Kemudian, ikrar dan bacaan doa. Lepas tu, cikgu kompeni akan ambil kompeni masing untuk PT pagi. Biasanya joging la, keluar dari kawasan kem. Kadang2 tawaf dalam kem je. Hehe. Kalau hari Selasa, PT tak dijalankan sebab kitorang ada kuliah subuh. Jam 0730 sarapan pagi. Jam 0830 ada kat padang kawad sekali lagi untuk beratur ke kelas masing2. Kelas bermula dari jam 0900 hingga 1030. Rehat sekejap untuk makan pagi sampai 1100, sambung kelas balik sampai jam 1230. Jam 1230 - makan tengah hari.
PETANG
Aktiviti petang tak tetap. Kadang2 kitorang ada latihan Tempur Tanpa Senjata (TTS). TTS ni ala2 macam taekwando la. Kitorang jugak ada pertolongan cemas (PC) dan sukan kreativiti. Memang best! Jam 0230 berkumpul kat padang kawad. Aktiviti petang habis jam 0430. Jam 0430 makan petang. Jam 0530 hingga 0630 riadah. Jam 0630 makan malam.
MALAM
Jam 0715 ada kat musolla untuk solat maghrib & isyak berjemaah. Jam 0900 berkumpul kat dewan untuk tayangan video. Jam 1000 supper. Jam 1030 roll call. Jam 1159 dah tutup lampu. Hari Ahad malam khas untuk pelatih2 beragama Islam, ada kerohanian.
HARI JUMAAT
Pentadbiran sendiri. Hari cuti bagi kami. Lepak2 je dalam dorm. Basuh baju sendiri. Kalau pakaian yang JLKN bagi hantar dobi je.
HARI RABU & SABTU
Modul Khidmat Komuniti. Kitorang keluar dari kem untuk pergi ke tempat2 yang telah dibahagikan untuk menjalankan Khidmat Komuniti.
Nak tahu pengalaman2 lain? Sila tunggu entri selanjutnya..
12 February 2010
Kerinduan Pada Kem PLKN Batu Jong
Alhamdulillah..
Kawe selamat sampai kat umah maren, kul 6.30 petang
Tapi, tak sampai sejam dah mula rindu kat kem balik
Serius. Bakpe tahu...Duk dumoh rase bosan yang teramat..
Kawe rindu kat dorm E..
.kawe rindu ngan sek2 dorm E hok gege belake..
kawe rindu katil kawe
rindu loker kawe
rindu nok mandi air kolah
kawe rindu bunyi siren
kawe rindu sore cikgu jeff
kawe rindu kat semua cikgu2
kawe rindu nge ayahanda
kawe rindu ke pade kawad
kawe rindu nge dewe make
kawe rindu nok g keda kak da
kawe rindu ngan musolla
kawe rindu nok dgr sek2 wira bagi ceramah kat musolla
konklusinye,,rindu belake nge sume hok ada kat kem...
p/s : Duk kat kelate sebule kena ar kecek kelate..ke gane..?? Hehe~
Pengalaman di PLKN akan diceritakan tak lama lagi..Harap bersabar..
Subscribe to:
Posts (Atom)



