15 March 2010

Tudung Chiffon 2 Tone

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia semua. Kat PLKN macam2 salam yang aku belajar. Haha. Ok, entri kali ni khas untuk mereka yang bergelar perempuan, gadis, wanita, nisa dan hawa. Sekarang ni, terdapat pelbagai jenis tudung yang hangat berada di pasaran. Jadi, aku pun nak promosi tudung gak, erk..bukan aku yang jual tapi sekadar menolong seorang rakan untuk mempromosikannya. Anda tahu tudung apa ? Jawapannya seperti yang tertera kat tajuk di atas ; tudung chiffon 2 tone.


Tudung ni amat menarik kerana mempunyai dua tona warna yang berbeza.Pasti memikat setiap mata yang memandang. Ini serius!


Tudung ni bukan sahaja mempunyai tona warna yang berbeza, bahkan mempunyai corak-corak yang sangat menawan. Anda mahu corak apa? Bunga besar? Bunga kecik? Bunga raya? atau bunga tahi ayam mawar? Semuanya ada. Bak kata orang zaman dulu ; macam-macam ada. :)


Tudung ni sesuai dipakai untuk semua peringkat umur, dari sekecik-kecil budak hinggalah ke setua-tua semuda-muda auntie di luar sana. Jangan risau!


Tunggu apa lagi? Dapatkan Tudung Chiffon 2 Tone ni sekarang. Dijamin berkualiti dan harganya juga berpatutan. Sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk insan yang tersayang. Jadi, kepada kaum Adam, tak salah kalau anda pun beli tudung ni tau! Hehe... Kalau ada yang berminat, sila hubungi rakanku, Encik Hafiz melalui e-mail beliau : hafiz_pk[at]yahoo[dot]com

Cepat..dapatkan sekarang! TUDUNG CHIFFON 2 TONE..rugi kalau tak beli...

0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda di bawah ini...Komen-komen anda amatlah dihargai ~

 
Copyright 2009 TOMORROW FOR SURE