15 February 2010

Pengalaman di Kem PLKN Batu Jong - Part 1

Selama 5 hari kami, wira dan wirawati negara diberi cuti sempena Tahun Baru Cina, hatiku meronta-ronta untuk kembali ke kem semula. Kerinduan pada kem semakin hari semakin meningkat ibarat suhu bumi yang semakin panas. Tak kenal maka tak cinta, itu yang dapat aku simpulkan setelah mengikuti latihan ni. Aktiviti di kem kalau dilihat taklah seberat yang dicanangkan oleh pelatih2 yang telah tamat latihan. Bagi aku biasa je. Kami TIDAK dilatih untuk menjadi TENTERA, tetapi kami dilatih sebagai pelatih KHIDMAT NEGARA! Masih ingat entri aku yang ini? Aku berfikiran yang negatif tentang PLKN sehingga perlu mendapatkan khidmat nasihat dari seorang kakak yang juga seniorku. Tapi, cerita2 negatif tersebut hanyalah auta semata2. Kadang2 kelakar jugak bila ingat2 balik. Dulu bukan main tak nak masuk PLKN. Bila dah masuk, tak nak tamatkan latihan pulak. Haha... Aku komen sikit sebanyak tentang aktiviti kat kem ni.

MODUL PEMBINAAN KARAKTER (CHARACTER BUILDING)
Mula2 masuk..."Ni kelas tadika ke..??" Siyes! Aktiviti2 yang dibuat macam budak2. Tapi kelas ni la yang banyak meninggalkan kenangan buat aku. Walaupun kami diajar seperti budak tadika, namun setiap aktiviti memberi nilai dan pengajaran yang mendalam buat kami sehinggakan masa majlis penutup kelas pembinaan karakter, ada antara kami yang menangis termasuklah aku. Modul ni jugak yang banyak mengubah perwatakan aku dari yang negatif ke positif. Terima kasih kepada semua cikgu2 CB terutamanya cikgu2 yang mengajar CB 6 ( Cikgu Adlin & Cikgu Wani ) & CB 3 ( Cikgu Sila, Cikgu Naida & Cikgu Fahmi ). Saya akan ingat semua tepuk2 yang diajar oleh cikgu! Kalau korang nak belajar macam apa yang kami belajar boleh, tapi kena bayar la.Kepada ahli2 kumpulan STARS dan AMAZING, you are the best! Persembahan nyanyian Kau Ilhamku akan kekal menjadi kenangan terindah...

KELAS INTEGRASI
Kelas yang sedikit membosankan sebab kitorang belajar tentang kebudayaan, agama dan peranan lelaki serta perempuan. Lebih kurang macam belajar sejarah balik. Tapi tetap best sebab ada jugak adat resam kaum lain yang lain daripada yang lain. Kelas Integrasi ni jugak kena banyak buat pembentangan dan persembahan. Ada satu hari aku tertido dalam kelas sebab selesema. Makan ubat selesema lepas rehat, sandar kat dinding, koma selama hampir setengah jam. Nasib baik cikgu jenis yang sporting! Haha..

MODUL KENEGARAAN
Sekarang ni modul ni masih lagi berjalan. Berlainan dari kelas CB sebab satu kelas puratanya 25 orang je. Nama pun kenegaraan, so banyak belajar tentang Malaysia. Secara keseluruhannya, best. Aktiviti2 pun banyak yang mencabar minda, bukan macam kelas CB yang lebih kepada kanak2 berumur 6 tahun.

MODUL FIZIKAL 
1.   Tempur Tanpa Senjata ( TTS )
 Ala2 taekwondo. Penting untuk wirawati terutamanya sebab jenayah2 ( ragut, rogol, dll ) semakin berleluasa sekarang. Cikgu Yi ajar, kalau orang perempuan nak tendang orang lelaki, tendang kat dia punya ***. Gerenti lelaki tersebut tewas.

2.   Sukan Kreativiti
Sukan yang lain daripada yang lain. Kita kena fikir luar dari kotak. Kitorang dah pernah main Alien Delight ( betul ke aku eja nie..?? ). Memang best tapi memerlukan sikap yakin dan percaya kepada orang lain. Wira pulak diorang main Spider Web. Banyak lagi sebenarnya sukan kreativiti nie. Lepas cuti raya cina kitorang akan main lagi.

3.   Pertolongan Cemas ( PC )
Kitorang diajar tentang asas-asas kecemasan. Luka, CPR, patah, renjatan dan sengatan. Bosan jugak sebab kat sekolah dah belajar. Sekadar ingatkan balik apa yang aku dah lupa la.

4.   Peta & Kompas
Penting sebab kami akan masuk ke hutan untuk Wirajaya ( khemah ). Kalau tak fokus betul2 maybe akan sesat dalam hutan. Tapi bosan jugak sebab aku dah pernah belajar. Hehe...

5.   Flying Fox
Hari Isnin (0802) & Selasa baru ni (0902), kitorang ada latihan tali tinggi a.k.a flying fox . Macam2 ragam masa nak turun dari menara tali tinggi tu. Ada yang menangis tak nak turun, ada yang menjerit. Kelakar pun ada. Aku?? Relax je sebab bagi aku nama je tali tinggi tapi tak tinggi mana pun. Sampai je kat menara, jurulatih (JL) cek semua peralatan dan....

"Saya, Nur Aliyana binti Alihad dari kompeni Charlie, minta kebenaran untuk turun tuan!" JL tak sempat tolak aku, aku dah turun dah, excited yang teramat. Masa turun tu, Ya Allah. Sejuk mata memandang pokok2 kelapa sawit & pokok getah yang menghijau. Tengok tasik yang tenang. Memang best! Ada sorang cikgu ni duk perhati aku je. Bila dah turun cikgu tu cakap.." Awak nak jadi JL tak? Saya tengok awak ni macam berminat je. Tadi pun awak tolong Cikgu Nurul pakaikan alat untuk wirawati yang lain." Terkejut beruk aku. Aku pun jawab la. "Kalau ada jawatan kosong, saya rembat je jadi JL. Memang saya nak pun."

6.   WATER CONFIDENT & KAYAK
Terjun je dalam kolam terus berenang! Terror tak aku? Haha. Best2. Cuma kayak je la tak dapat main sebab ramai sangat tunggu turn. Tapi lepas ni boleh main kayak lagi. Yay!!

Konklusinya, memang aktiviti2 kat sini semuanya menyeronokkan dan menggembirakan. Lepas raya cina ni, 17 hb ada teori menembak. 18 & 19 dah start menembak. Tak sabar nak main tembak2 ni. Kemudian, ada pertandingan kawad antara kompeni, merempuh halangan, wirajaya dan sebagainya. Tak sia2 aku masuk PLKN!! BESTTTTTT!!!

11 comments:

alia said...

two words 4 dis entry: SAYA DENGKI!! :(

MissYana said...

Sila dengki ye alia..
haha~~
PLKN BESTTTTTT!!!! ;;)

Imran Yazid said...

tak dengki pon :P

syauqatul wardah said...

Wah...~~~ suke benar dia tu,sampai bagi cuti pun nak balik plkn smule,haha ^_^

saya akan amalkan hak TTS tu kalau perlu,haha

hak masuk dlm hutan guna peta ngan kompas,sedap! mcm dlm cite kartun tu

x pernah pun cuba flying fox,napok mcm sedap,teringin gak ...ambik ha, sekali dpt tawaran jadi JL, mungkin JL tu terkejut "eh,budak ni, relak semacam"

yg ni sedap,menembak!

sebab tu kene fikir positif kan, mmg ramai org plkn kate sedap...nk balik semula...
auranya dh terasa

p/s: cikgu2 CB-2 xdk ke (haha)

MissYana said...

@Imran
best ar kawad pagi2..kabus je nampak.. :D

@b2
PLKN memang best~yeah.. :)

p/s : cikgu2 CB-2..?? haha~
ade2..cikgu amri ( cg yg paling hensem ).. ;)

Aimi said...

Wahh... Biler daa bce rse nk pegi aje...;p
Nice writing, no, I mean, excellent writing!
Lps nie leh laa bg adik2 yg kna g PLKN tuh bce,
bru b'smgt nk pegi;)

Anonymous said...

http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/7.gif

Ema said...
This comment has been removed by the author.
Ema said...

hu3
Ema x pandai brng :((
smpat tngglam lu T.T

Anonymous said...

apapun, aku ttp benci plkn

Izwanie Halim said...

hoho~ serious ke sis sedap nih??

saye baru check yg saye terpilih gak untuk sesi 2012. huh!

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda di bawah ini...Komen-komen anda amatlah dihargai ~

 
Copyright 2009 TOMORROW FOR SURE