13 February 2010

Aktiviti di Kem PLKN Batu Jong

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Disebabkan permintaan yang amat banyak daripada semua, entri kali ini berkisar tentang pengalaman aku sepanjang hampir sebulan berada di Kem PLKN Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan. Aku tulis secara ringkas je sebab kalau panjang2 mesti bosan kan? Hehe..

Aktiviti bermula pada hari kerja iaitu hari Ahad hingga Khamis, dari pukul 6.15 hingga 11 malam. Begini kisahnya...

PAGI
Solat subuh berjemaah. Kemudian, jam 0630 berkumpul kat padang kawad untuk Physical Training (PT) pagi. Nyanyian Negaraku dan Khidmat Negara. Setiap kompeni akan bergilir untuk menaikkan bendera, tak kira la wira ke wirawati. Kemudian, ikrar dan bacaan doa. Lepas tu, cikgu kompeni akan ambil kompeni masing untuk PT pagi. Biasanya joging la, keluar dari kawasan kem. Kadang2 tawaf dalam kem je. Hehe.  Kalau hari Selasa, PT tak dijalankan sebab kitorang ada kuliah subuh. Jam 0730 sarapan pagi. Jam 0830 ada kat padang kawad sekali lagi untuk beratur ke kelas masing2. Kelas bermula dari jam 0900 hingga 1030. Rehat sekejap untuk makan pagi sampai 1100, sambung kelas balik sampai jam 1230. Jam 1230 - makan tengah hari.

PETANG
Aktiviti petang tak tetap. Kadang2 kitorang ada latihan Tempur Tanpa Senjata (TTS). TTS ni ala2 macam taekwando la. Kitorang jugak ada pertolongan cemas (PC) dan sukan kreativiti. Memang best! Jam 0230 berkumpul kat padang kawad. Aktiviti petang habis jam 0430. Jam 0430 makan petang. Jam 0530 hingga 0630 riadah. Jam 0630 makan malam.

MALAM
Jam 0715 ada kat musolla untuk solat maghrib & isyak berjemaah. Jam 0900 berkumpul kat dewan untuk tayangan video. Jam 1000 supper. Jam 1030 roll call. Jam 1159 dah tutup lampu. Hari Ahad malam khas untuk pelatih2 beragama Islam, ada kerohanian.

HARI JUMAAT
Pentadbiran sendiri. Hari cuti bagi kami. Lepak2 je dalam dorm. Basuh baju sendiri. Kalau pakaian yang JLKN bagi hantar dobi je.

HARI RABU & SABTU
Modul Khidmat Komuniti. Kitorang keluar dari kem untuk pergi ke tempat2 yang telah dibahagikan untuk menjalankan Khidmat Komuniti.

Nak tahu pengalaman2 lain? Sila tunggu entri selanjutnya..

10 comments:

Imran Yazid said...

home is better. hahahaha

zida said...

alahai. bestnye. menarik. tak boring mcm aku kat uma nih. haha

MissYana said...

@Imran
camp is better ok! :p

@zida
memang best~
kalo duk umah memang boring
duk kat camp memang best sangat2!!! :D

syauqatul wardah said...

haha,entri ni mmg ringkas betul
mmg akan jadi kenangan manis kekgi...sedapnya...^_^
tahniah krn terpilih!haha

MissYana said...

ringkas ke..??
kalau panjang2 bosan pulak bace..hehe~
kenangan manis yg x dpt sy lupakan..memang sedap.. :X

touyakaruma said...

Yana yang mana satu ?

Anonymous said...

Eem..rajin nyer cik yana kita nie huhu..
CHAYOOK 2..KEEP IT UP..

Anonymous said...

plkn mmg da best...

AmAr said...

nak tahu lagi...blh x...sbb sye dpt plkn siri8/2011 ...ingin tahu aktiviti2 yg menarik setiap hari....help me..

Anonymous said...

ada aktiviti masuk hutan malam malam tak?

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda di bawah ini...Komen-komen anda amatlah dihargai ~

 
Copyright 2009 TOMORROW FOR SURE