30 December 2009

Doa Perpisahan - Brothers




Alhamdulillah..tamat sudah perjuangan selama lima tahun di bumi wakaf Tok Jiring
Banyak kenangan manis dan pahit telah kulalui
Pelbagai ragam dan gelagat kawan-kawan telah kutemui

Kini...
Tiada lagi gelak tawa kita bersama
Tiada lagi suka duka antara kita

Namun...
Kenangan antara kita akan tersimpan kemas dalam memori ini
Semoga persahabatan yang telah kita jalin
Akan tetap utuh dan teguh

Teman...
Teruskan perjuangan
Semoga kita...akan sentiasa berusaha mencari keredaan Allah...
Kerana..
Itulah matlamat sebenar anak-anak SMKA
Sentiasa Mencari Keredaan Allah

p/s : Selamat menyambut tahun baru. Semoga tahun yang mendatang memberikan lebih keyakinan dan semangat untuk menghadapi setiap cabaran dan dugaan dalam hidup ini. Ni merupakan entri terakhir untuk tahun ni. Jumpa lagi pada 010110..

28 December 2009

Nasihat Daripada Seorang Kakak Tentang PLKN

Entri ni khas untuk mereka yang bakal bergelar wira dan wirawati. Kepada adik2 yang lain sudilah kiranya untuk turut serta membaca kerana mungkin kamu juga turut mengikut jejak langkah kami yang akan pergi ke PLKN. Kakak ni merupakan bekas pelajar sekolah aku tapi seingat akulah, aku tak pernah jumpa dia pun sebab dia pindah lepas PMR. Satu batch dengan abang aku.

27 December 2009

Perubahan Sebelum Melangkah Tahun Baru

Sempena tahun baru yang bakal menjelang tak lama lagi, blog ini telah bersalin kulit untuk kali yang ke berapa entah. Edit sana sini sikit je terutamanya background dengan header. Apa pendapat korang? Rasa tertawan ke tak? Hehe..Aku cuma tak puas hati sikit dengan gambar perempuan kat sebelah ni. Edit guna Photoshop dalam keadaan yang tertekan, hasilnya memang tak memuaskan sangat la.

Perhatian jugak untuk korang. Bahagian BLOGROLL juga telah diupdate. Siapa2 yang rasa nak blognya tersenarai, sila tinggalkan URL anda di bahagian komen sama ada di entri ini atau di BLOGROLL. Sebelum tu, sila pastikan blog aku dah tersenarai dalam senarai dalam blog kamu ok!


25 December 2009

Apa Jawapan Anda Bila Berada Dalam Situasi Ini?



Macam mana korang nak jawab jika pertanyaan sebegini diajukan kepada korang?

SITUASI 1
Si A balik kampung sebab dah lama tak jumpa atuk nenek dia. Kebetulan pulak hari A balik kampung tu ialah hari raya. Kita andaikan Hari Raya Aidilfitri la. Biasa la, time hari raya ramai la sanak saudara dan kaum kerabat balik nak raikan hari yang mulia tu. Tambahan pulak, diorang nak tengok rupa A yang dah makin lawa tu. Ye la, dah lama tak balik kan. Kita kan tau kalau dengan sepupu dan orang yang bukan mahram dengan kita, kita wajib tutup aurat. Tiba2 ada sorang sepupu A tegur.

"Kenapa ko pakai tudung dalam rumah ha? Tak panas ke? Bukak2 la," sepupu A tegur.

Macam mana si A tu nak jawab pertanyaan sepupu dia tu?

23 December 2009

Tabung Biasiswa MNRB

Salam Maal Hijrah! Sorry sebab lama tak update. Dalam entri yang lepas aku ada bagitau yang aku bercuti kat Johor kan? Untuk pengetahuan korang, aku sempat jugak pergi Melaka. Ingat nak jugak jumpa member2 bloggers kat sana especially Bacterians ; Ihsan ngan Irku. Tapi bila sampai je kat sana hujan lebat giler. Memang tak syok pergi sana.

Ok, berbalik pada tajuk kat atas, entri ni sesuai untuk mereka2 yang dah bebas dari cengkaman SPM/STPM. TABUNG BIASISWA MNRB, sebuah tabung yang ditubuhkan oleh MNRB HOLDINGS BERHAD (sebuah anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia) mempelawa permohonan biasiswa daripada pelajar-pelajar Malaysia yang berjaya menamatkan pengajian SPM/STPM dan bercadang untuk mengikuti pengajian bagi kursus-kursus Matrikulasi/Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau kursus professional sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi tempatan yang diiktirafkan.



Bidang pengajian yang ditawarkan ialah Sains Aktuari ( pengajian dalam dan luar negara ), Insuran ( pengajian dalam negara ) dan Pengurusan Risiko ( pengajian dalam negara ). Mungkin bidang2 yang ditawarkan ni tak familiar sangat kat korang kan. Tapi aku rasa Sains Aktuari la yang mungkin korang tau sikit sebanyak. Dua lagi bidang tu korang usha2 sendiri ye. Kelayakan pun aku rasa takde la susah mana. Sekurang2nya A2 untuk minima 6 mata pelajaran temasuk BI, Math dan Sains. Kiranya budak pure sains, teknikal dan akaun tak boleh apply la? Ye la, kitorang mana belajar subjek Sains tu. Mungkin bahagian yang susah sikit ialah buat esei dalam BI tu. Lebih kurang macam Sime Darby la. Tapi yang Sime Darby tu dia bagi 5 soalan kan?

Nak tau lebih lanjut boleh klik sini. Tarikh tutup tak lama dah, 5 Januari 2010. Jadi, sapa2 yang nak cepat2 la isi borang permohonan ye. Kalau korang ada info mengenai biasiswa selain dari ni, tolong bagitau aku kat ruangan komen ye. Sharing is caring :)

17 December 2009

Apa Rancangan Anda Lepas Habis SPM?

Akhirnya, penantian telah berakhir. Tak perlu lagi bangun awal pergi sekolah. Tak perlu lagi belek2 buku sekolah sampai lewat malam. Hati terasa puas. Minda terasa lapang. 

Tapi, apa yang nak dibuat sepanjang cuti ni?

Ambik lesen moto dan kereta?
Belajar memasak?
Kerja attendan pam minyak?
Tengok semua movie yang ada dalam laptop?

Atau tunggu orang masuk meminang? ( borang ada banyak lagi, sape nak cepat2 mintak ye )


-
-
-
-
-



Eh, bukan aku kena PLKN ke? Tak bercuti la gamaknya.

p/s : Bercuti kat Johor..maybe 4 hari atau lebih..selamat tinggal semua..rindu2 lah aku ye..

p/s 2 : Kepada admin FCU Community, level 4 saya tak dapat buat sebab kat kg saya tak de internet..sorry ye..

p/s 3 : Jangan lupa baca doa awal dan akhir tahun..hari ni dah akhir tahun dalam kalendar Islam..mulakan tahun baru dengan azam dan semangat yang baru okie!

15 December 2009

BANTU SAYA UBAH BLOG SAYA


Kita kembali lagi dengan Cabaran Level Master KamiBlogger dalam Level 3. Dalam entri kali ini, korang akan dihidangkan dengan hidangan yang sangat menarik, mengenai blog aku. 

Apa yang menarik mengenai blog anda? 
Apa yang menarik mengenai blog aku ialah sudah semestinya blog ini dipunyai oleh seorang perempuan yang bakal menamatkan alam persekolahannya pada pukul 12.15 tengah hari 16/12/2009. Kebanyakan entri dalam blog ini menceritakan hal-hal peribadi pemiliknya. Tapi itu masa zaman dulu2, zaman kenal blog. Sekarang, kalau korang prihatin dengan blog aku, entri2 tidak terhad tentang kehidupan peribadi, malah berkembang bagaikan bunga yang ada di taman. Ada entri mengenai lagu2 yang menceriakan kehidupan anda seharian, video2 yang menarik dan juga resensi buku. Menarik la tu kan..?? 

Kenapakah anda menyusun kedudukan blog anda seperti sekarang? 
Aku menyusun kedudukan blog aku seperti sekarang adalah kerana bagi mengelakkan ke-serabut-an berlaku. Dengan hanya satu sidebar di kanan blog, akan menjadikan widget2 ini berada dalam keadaan kemas. Takde la sakit mata memandang kan..?? Ke korang tak setuju..?? Lagipun aku dah buat pembahagian dalam setiap widget ; FOLLOWERS, LET'S TALK, VISITORS, BLOG ARCHIEVE dan KLIKS. Menu tab kat atas blog ni pulak memudahkan korang. Kalau nak baca tentang diri aku, cuma klik ABOUT. Kalau nak tukar2 LINKS, boleh klik bahagian LINKS.



Apakah konsep Blog anda? 
Aku mengamalkan konsep terbuka. Maknanya, semua benda ada dalam blog aku ni. Bak kata mak cik Astro tu, macam2 ada. :)

Adakah anda inginkan Trafik? 
Sapa yang tak nak trafik sila jatuhkan tangan anda. Setiap bloggers mesti nakkan trafik supaya blog mereka lebih dikenali orang ramai. Tapi, kalau ada yang tak nak trafik tu baik korang privatekan blog korang. Dengan trafik, lebih ramai pengunjung akan singgah kat blog aku untuk menikmati hidangan2 entri yang sangat lazat dan sedap hingga menjilat jari kaki.Bila pengunjung datang, mesti diorang meneliti setiap inci blog aku kan. Bila diorang berkenan, diorang mesti nak tinggalkan komen. Betul tak? 

Apakah perancangan blog anda masa depan?  
Perancangan blog aku pada masa depan adalah ingin memiliki domain sendiri. Sampai bila la nak menumpang blogspot kan? Bila dah ada domain sendiri lagi rasa semangat nak blogging <-- betul ke tidak ntah. Aku juga nak pelbagaikan lagi entri2 kat blog ni. Mungkin wujudkan entri khas seperti tips2 menjaga kecantikan atau tips2 menjadikan anda seorang yang romatik. Haha~ Siapa tahu satu hari nanti apa yang ada kat blog ni memberikan manfaat kat korang. 

Adakah blog anda berat dan bagaimana anda nak atasinya? 
Blog aku tak berat sebab tak pernah guna penimbang nak timbang blog ni. -_-  Apabila diuji dengan menggunakan Website Speed Test, hasilnya adalah seperti ini :


Tak berat kan? Kalau berat juga, aku terpaksa la buang widget2 yang tak mendatangkan sebarang manfaat. Tapi aku letak widget2 yang penting je kan? Hehe..

Seperti biasa, tinggalkan sedikit komen walau satu perkataan. Mungkin korang ada cadangan untuk menjadikan blog aku ni lagi cantik dan dapat menarik perhatian anda serta ramai pengunjung tertarik untuk terus melawat ke blog yang tak seberapa ni. Komen ye~ Sapa yang komen aku bagi gula2 satu sorang.. :)

13 December 2009

TEKNIK TRAFIK LEVEL MASTER KAMIBLOGGER

Setelah berjaya menyelesaikan tugasan yang pertama, cabaran ke-2 menanti pula. Memang susah sebenarnya jika anda menyertai sesuatu pertandingan kerana anda perlu memberikan sepenuh komitmen untuk memenuhi syarat2 yang dikehendaki. Macam aku, terpaksa perah idea nak tulis ayat untuk Level 1, lagi susah dari soalan periksa BM SPM 2009. 

Untuk tugasan kali ni, peserta dikehendaki menulis artikel seperti tajuk di atas pada Level 1. Berikut merupakan antara teknik yang aku gunakan untuk menarik korang supaya membaca dan meninggalkan komen untuk level yang lalu.
  1. Meninggalkan link entri aku kat status facebook aku dan facebook rakan2 aku. Ada juga antara mereka yang sungguh baik hati dengan memaksa rakan2 mereka yang lain untuk turut sama membuat aktiviti yang berfaedah ini.
  2. Membuat bulletin di friendster dengan tajuk yang amat menggairahkan. Haha.
  3. Sentiasa update status di twitter dari pagi, petang, malam dan berulang2 kali.
  4. Memekak kat shoutbox mereka2 yang ada blog. Aku bagi diorang ayat2 pengasih supaya mereka cair dan meninggalkan komen kat entri aku. 
  5. Disebabkan aku sentiasa menghalimunankan diri di YM, aku menghantar offline message kat semua member2 aku. Aku buat 2-3 kali jugak. Biar diorang rimas dan sebagai balasan, diorang komen kat entri tersebut.
  6. Ada jugak yang aku hantar message melalui telefon selular, suruh diorang usha2 blog aku. 
Itu je cara yang aku gunakan untuk menarik trafik di level 1. Seperti biasa, jangan malu2 kucing untuk meninggalkan komen kerana setiap komen mempunyai markah. Komen la sebanyak mana yang kamu nak komen. Sekian, salam 1 Malaysia. Hehehe :D

10 December 2009

LEVEL 1 CABARAN MASTER KAMIBLOGGER

Dah lama tak update blog. Pak Cik Touya pun dah mention nama aku kat blognya. Haha. Entri kali ini adalah sebagai salah satu syarat dalam Cabaran Master KamiBlogger yang dianjurkan oleh FCU Community.FCU Community merupakan sebuah blog yang menyiarkan pelbagai entri yang menarik dan juga pelik. Selain itu, FCU Community juga turut membuat beberapa widget yang sangat cun untuk diletakkan ke dalam blog anda. Sebelum pertandingan Cabaran Master KamiBlogger ni, FCU Community turut mengadakan beberapa pertandingan yang sangat menarik. Aku je yang tak join pertandingan2 tu sebelum ni sebab kekangan masa. 

Cabaran Master KamiBlogger mempunyai beberapa 4 level dan peserta perlu membuat beberapa tugasan yang ditetapkan. Level 1 (10-12 Disember), Level 2 (13-14 Disember), Level 3 (15-17 Disember), Level 4 (18-20 Disember). Pertandingan ni juga menguji anda dari segi kreativiti dan juga penulisan entri untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke blog anda. Apa yang menarik tentang pertandinga ini ialah para pembaca yang menentukan markah untuk setiap tugasan. Maknanya korang kena komen setiap entri yang ditulis oleh peserta. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kamu semua untuk mengundi aku dengan meninggalkan komen kat setiap entri yang aku tulis. Boleh kan?

Anda boleh klik link-link di bawah  untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cabaran ini.

Level 1 (10-12 Disember) 

Ini merupakan hadiah utama kepada peserta yang berjaya melalui cabaran ini :
1. LEVEL MASTER di dalam KAMIBLOGGER!
2. Banner esklusif rekaan DESIGNER FCU.
3. 1 set PRODUK ESKLUSIF FCUMIRACLE bernilai RM46.
4. Kupon RM50 (Boleh digunakan di kedai-kedai ONLINE sahaja)
5. Pengiklanan selama 1 BULAN di FCUCOMMUNITY bernilai RM30
6. FCUWIDGET esklusif mengikut kesesuaian BLOG. 


Akhir kata, harapan aku sebagai peserta Cabaran Master KamiBlogger anjuran FCU Community ialah mendapat sokongan yang sepenuhnya daripada kamu sebagai pembaca dengan meninggalkan komen dalam setiap entri yang berkaitan dengan cabaran ini. Keutamaan pengomen adalah mereka yang mempunyai blog. Kalau yang takde blog pun boleh je nak komen. Jangan lupa komen ye sebab setiap komen ada markah.


         

05 December 2009

Sayangilah Ibu dan Ayah Anda





 

Hargailah ibu dan ayah anda semasa mereka masih hidup. Doakan kesejahteraan mereka sentiasa.

03 December 2009

Hidup Penuh Semangat





HIDUP PENUH SEMANGAT ( LAGU TEMA IDOLA KECIL )

Lagu: Alfa Booty
Lirik: Tisya (Siti Roziah)

Na na na na......hey hey hey (2x)

(1) Kehidupan pasti ada...suka dan suka berganti
Dalam diri harus sedia...melangkah laju
Biar payah tempuh halangan
Bukannya mengalah

(2) Ayuh bangun bersemangatlah
Tuju haluan ke hadapan
Seperti bintang di angkasa
Terus bersinar demi kejayaan

(3) Marilah bersama
Keluar dari alam fantasi
Marilah bersama
Buktikan dirimu mampu berdiri...teguh

Marilah bersama
Meraih mimpi jadi realiti
Kita melangkah sebagai
I D O L A
Demi masa depan
Hidup penuh semangat

Na na na na.....hey hey hey (2x)

01 December 2009

3 Minggu Lagi


SPM
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
English For Science and Technology 
Mathematics
Additional Mathematics
Biology
Physics ( 3 Disember 2009 )
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah ( 7 Disember 2009 )
 Chemistry ( 8 Disember 2009 ) 
Bahasa Arab Tinggi ( 14 Disember 2009 ) 
Pendidikan Syariah Islamiah ( 16 Disember 2009 )

3 minggu lagi
tapi rasa macam 3 tahun
memang nak cepat habiskan semua paper
tapi rasa berdebar dan takut


3 minggu lagi...
3 minggu lagi...
3 minggu lagi...





Lepas tu...





Macam gambar kat bawah ni...
















Bebas buat seketika...

 
Copyright 2009 TOMORROW FOR SURE