29 November 2009

Mari Uji Kecekapan Mata dan Kepantasan Tangan Kamu

Salam. Macam mana korang hari ni? Harap2 sihat la ye. Hari ni korang tak perlu baca bebelan aku. Kita rilex2 je hari ni. Kita main satu permainan. Bukan main kejar2, bukan main galah panjang dan bukan jugak main lari dalam guni. Kita main klik2 kat atas papan kekunci sambil renung2 skrin komputer ye. Sila baca arahan dulu kalau tak reti main.



Amacam, best tak? Memang tak berapa best dan agak membosankan tapi boleh la release tensen lepas penat study untuk budak2 yang amik periksa. Dah penat main, sila rehat sebentar dan keluar dari rumah. Tengok kehijauan alam sekeliling. Nanti takde la rosak mata sebab hadap komputer je.

26 November 2009

Dari Kawan Buat Kawan

Kawan-kawan
Kenapa mahu lawan
Kita kan kawan
Dulu sama-sama
Kongsi teh secawan

Kawan-kawan
Kenapa mahu lawan
Orang lain maju ke depan
Orang kita cari jalan
Jatuhkan kawan

Kawan-kawan
Kenapa mahu lawan
Kan ke kita cukup rezeki Tuhan
Buat kita ramai-ramai
Makan

Kawan-kawan
Bukan nak cari lawan
Sekadar nak ingatkan teman
Hati-hati dengan gunting dalam lipatan

Kawan-kawan
Kita sama-sama cari makan
Bila fikir masa depan
Jangan tabur pasir
Dalam periuk kawan

Kawan-kawan
Cuba dikaji orang tua pesan
Kawan jadi lawan
Lawan jadi kawan


24 November 2009

Senarai Kem PLKN Untuk Budak2 SMKATJ Sahaja Termasuk Aku




KEM LATIHAN ETNOBOTANI GUA MUSANG, GUA MUSANG, KELANTAN
PKP : STESEN BAS TANJUNG, SEBELAH ASTAKA
LAPOR DIRI : 2 JAN 2010
  1. Siti Munirah binti Azmi ( 5 Al-Ikhlas ) 
  2. Muhammad Zikri bin Burhanuddin ( 5 Al-Kauthar ) 
  3. Fathin Wahida binti Khuzaimi ( 5 Al-Kauthar ) 
  4. Muhammad Alif bin Abdullah ( 5 Al-Qalam ) 
  5. Nurul Iffah binti Jusoh ( 5 Al-Qalam ) 
  6. Luqman Firdaus bin Mohd Azam ( 5 As-Saff ) 
  7. Mohd Azmal bin Mat Zih ( 5 As-Saff) 
  8. Mirul ( 5 As-Saff ) 
  9. Nor Hafizah binti Mohd Razali ( 5 Al-Imran )
  10. Nur Farah Farhana binti Zainuddin ( 5 Al-Imran )
  11. Muhammad Zhahirin bin Mohd Sharifuddin ( 5 An-Nur ) 
  12. Muhammad Fathi Naim bin Mazlam ( 5 Al-Furqan )
  13. Hanisah Hazirah ( 5 Al-Furqan )

KEM LATIHAN BATU JONG, KUALA KRAI, KELANTAN
PKP : STESEN BAS TANJUNG, SEBELAH ASTAKA
LAPOR DIRI : 2 JAN 2010 (9.30 AM)

  1.  Nasri Wajdi bin Jamaludin ( 5 Al-Ikhlas )
  2. Nurul Najidah binti Sidek ( 5 Al-Ikhlas )
  3. Miss Yana aka Pemilik Blog Ini ( 5 Al-Qalam )
  4. Nurul Fadhlina binti Zulkifli ( 5 Al-Qalam )

KEM PLKN INDRA PAHLAWAN, MARAN, PAHANG
PKP : STESEN BAS TANJUNG, SEBELAH ASTAKA
LAPOR DIRI : 4 JAN 2010
  1. Nadhiatul Adhamiah binti Mohd ( 5 Al-Qalam )
  2. Wan Nur Syarafina binti Wan Mohd Hanif ( 5 Al-Qalam )
  3. Muhammad Ariff Imran bin Norisham ( 5 Ar-Rahman )
  4. Anuar Radhi bin Abdullah ( 5 As-Saff )
  5. Syed Abdul Malik bin Syed A. Bakar ( 5 An-Nur )

KEM MERANG SURIA HOLIDAY CAMP, SETIU, TERENGGANU
PKP : STESEN BAS TANJUNG, SEBELAH ASTAKA
LAPOR DIRI : 4 JAN 2010 (9.30 AM)

  1. Adila Liyana binti Sukri ( 5 Al-Kauthar )
  2. Tengku Hajar Asyiqin binti Tengku Ibrahim ( 5 Ar-Rahman )  
  3. Muhammad Wafiuddin bin Ramli ( 5 Al-Furqan )

p/s : Akan diupdate dari semasa ke semasa..

22 November 2009

Soalan Spot Matematik SPM 2009

Cepat...cepat..ada soalan spot untuk matematik nie.. :) 

FORM 4
  1. Standard Form
  2. Quadratic Expressions and Equations
  3. Sets
  4. Mathematical Reasoning
  5. The Straight Line
  6. Statistics III
  7. Probability I
  8. Circles III
  9. Trigonometry II
  10. Angles of Elevations and Depression
  11. Lines and Planes in 3 Dimensions
FORM 5
  1. Number Bases
  2. Graphs of Functions II
  3. Transformations III
  4. Matrices
  5. Variations
  6. Gradient and Area under a Graph
  7. Probability II
  8. Bearing
  9. Earth as a Sphere
  10. Plans and Elevations
Hehe..ni bukan soalan spot. Ni tajuk2 yang mesti keluar untuk exam esok. Kesimpulannya, buat la latihan sebanyak mungkin. Cuba kuasai konsep untuk setiap tajuk ok! Buat jugak latihan untuk tajuk2 masa menengah rendah dulu. Selamat menjawab untuk kertas Matematik 1 & 2 esok..dan jugak untuk paper Additional Mathematics lusa nie. :)


15 November 2009

Selamat Berjuang Calon-Calon SPM




"8.00 a.m. 18 November 2009. Tarikh bersejarah yang tak dicatat dalam buku teks bagi semua pelajar tingkatan 5. Bendera penjajah SPM belum diturunkan dan bendera ENJOY belum juga dinaikkan, bermakna kamu belum berjaya memperoleh kebebasan. Darurat keluar rumah sampai pagi dibubarkan menjadi duduk rumah dan study!" - aku suka mesej ini.

Tenang. Tenang. Tenang. Ye, aku bertenang. Takde apa yang perlu dirisaukan. Aku yakin aku boleh.

"Selamat mengikuti PLKN. Berkhidmat untuk negara!". Mesej daripada dia menyebabkan aku tak lagi tenang. Hatiku tiba2 menjadi kecik. Sungguh tak berperikemanusiaan kamu! Sepatutnya kau hantar mesej yang boleh menaikkan semangat aku, tapi kini kau dah kecikkan hati aku dengan perkataan PLKN itu. Sungguh, aku kecik hati. Hatiku menjadi kecik. Semangatku yang tadi melebihi 500% turun kepada 499.9% akibat daripada mesej itu. Janganlah disebut tentang PLKN pada masa ini. Jangan. 

Aku nak pergi mengembalikan 0.1% semangatku yang hilang. Doakan kejayaan aku dalam SPM wahai teman-teman. Insya-Allah. Amin. Tak lupa juga aku nak mintak maaf kalau aku ada buat salah kat korang. Kepada senior2 di alam maya ni, halalkan segala ilmu yang diberi ya. 

p/s: Kepada calon2 SPM, jangan lupa bawak jam masuk dewan ye. Jam loceng yang bentuk mickey mouse ke atau mr. bean pun boleh bawak.

12 November 2009

Saya Dah Grad!


Anda tahu apa itu graduasi? Ala, yang orang pakai jubah. Pastu pakai topi, terima sijil. Lebih kurang macam tu la maksudnya. Hari ni aku pakai jubah kaler maroon. Pakai kasut tumit tinggi yang berkilat. Tapi tak pakai topi yang macam budak2 U lain grad. 

Majlis boleh la tahan. Tapi, ada banyak sikit cacat cela. Katanya program start pukul 10 tapi pukul 11 baru mula. Naik kematu duduk atas kerusi tuh tunggu. Tu la janji Melayu. Masa terima hadiah pun rata2 tak jadi posing amik gambar. Pengarah tak tengok kamera. Nasib baik aku berposing dengan baik. Fotogenik la katakan. Haha. Tapi tak taulah hasilnya macam mana.

Perasaan aku ialah gembira sebab dah tamat sekolah walaupun SPM tak abis lagi. Atau dalam erti kata lain berhenti sekolah. Tak perlu lagi nak pakai uniform sekolah. Tak perlu lagi panjat anak tangga naik kelas. Tak perlu lagi berhadapan dengan additional mathematics. Memang  best, tapi cikgu cakap mula2 je best. Nanti lama2 awak la yang datang sekolah hari2. Rindu dengan zaman persekolah. Itu cikgu yang cakap. Bukan aku yang cakap. Kamu pulak cakap apa?

Kamu nak tau satu auta ? Aku terjatuh masa turun dari tangga lepas terima sijil. Itulah gara-gara pakai kasut tumit tinggi. Jangan percaya ye sebab ini auta, bukan fakta!



p/s: Ada sapa2 nak kongsi pengalaman bergraduasi atau tengok orang grad?

07 November 2009

Dah Start Musim Tengkujuh

Biasa la kan. Masuk bulan November je negeri-negeri Pantai Timur dah start musim tengkujuh. Sejak kebelakangan ni hari-hari hujan. Angin pun kuat semacam je. Alhamdulillah, hari ni baru la cerah sikit cuaca. Sempat la mengeringkan baju-baju yang dah lama tak kena cahaya matahari. Hehe~

Musim-musim hujan ni memang kena jaga kesihatan masing-masing. Aku pun dah start nak demam. Mana taknya, pergi sekolah kena hujan. Kat sekolah kena hujan. Balik sekolah pun kena hujan. Kat rumah pulak main hujan. Haha..Tapi harap-harap demam tak berlarutan sampai hari exam. Kalau tak memang tak boleh nak jawab exam la.

Ok! Dah tak nak melalut. Lain kali kita sambung balik citer ek. Selamat mengulang kaji bagi semua pelajar yang menghadapi peperiksaan akhir tahun dan calon2 SPM 2009! :)
 
Copyright 2009 TOMORROW FOR SURE