Dulu, kat friendster ramai sangat yang forward2 message. Sekarang ni pulak, ada trend baru. Melalui telefon bimbit pulak. Tak percaya? Sila tengok di bawah :
"Ya Allah, Kau berilah kami keputusan yang terbaik. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah. Setidak-tidaknya Kau berikanlah kami lulus Ya Allah. Dan janganlah Engkau berikan kami kegagalan Ya Allah."
Tak habis lagi tu. Ada lagi :
"Sebarkan mesej ini kepada 10 orang rakan awak. Jangan menyesal sekiranya awak gagal dalam exam sebab awak tak forward mesej ni kepada orang lain supaya awak didoakan oleh mereka."
Jadi, kalau aku tak hantar kat 10 orang rakan aku, aku gagal la? Aduii~ Setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Bukannya kalau kita tak sampaikan mesej tu kat orang lain kita akan gagal. Dan kalau kita forward kat orang lain jugak tak bermakna kita akan mendapat keputusan yang cemerlang. Semua tu kuasa Allah sama ada nak beri kejayaan kepada kita atau tak.
Korang faham tak konsep tawakal? Berserah kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh. Tawakal didahului dengan azam. Setelah berusaha bersungguh-sungguh, barulah kita berdoa dan berserah kepada Allah. Segala keputusan sama ada baik atau buruk diterima dengan reda.
Jadi, apa yang penting kat sini, usaha dan doa tu amat penting. Lepas tu, korang berdoa la kepada Allah agar diberi keputusan yang cemerlang. Satu lagi, jangan berdoa masa kita nak amik periksa atau ada masalah je. Lepas korang dah habis periksa, dah lupa nak berdoa. Sentiasalah berdoa dan memohon dari-Nya agar segala yang kita lakukan akan mendapat keputusan yang baik. Insya-Allah..










