30 September 2009

Update : Pertandingan Bina Perkataan

== Makluman ==
Tarikh pertandingan dilanjutkan hingga ke 5 Oktober. Sape-sape yang rasa nak tambah lagi perkataan tuh dipersilakan. Insya-Allah, pemenang akan diumumkan pada 7 Oktober.


Klu :
Ade lebih daripada 200 perkataan, campuran BM dan BI. Perhati betul-betul mana-mana perkataan yang boleh ditambah huruf 'S'..

23 September 2009

Pertandingan Bina Perkataan


Korang nak duit raya tak? Ok! Seperti gambar yang tertera, "TOMORROW FOR SURE" merupakan tajuk blog aku. Jadi, untuk menyertai pertandingan ini, korang hanya perlu membina seberapa banyak perkataan berdasarkan ayat "TOMORROW FOR SURE" itu. Senang kan?


Syarat-syarat Pertandingan :
  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira umur, jantina, pangkat, darjat dan keturunan.
  2. Korang boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Tetapi, hanya penyertaan yang paling banyak perkataan dan mempunyai maksud saja akan dipilih. Jika jumlah perkataan yang terbanyak adalah sama bagi setiap orang, penyertaan yang terawal dikira sebagai pemenang.
  3. Setiap perkataan yang dibina boleh dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya sekali. Bagi perkataan Bahasa Inggeris yang menunjukkan 'plural' atau banyak dkira sebagai dua perkataan. Contoh : row dan rows. Dikira sebagai dua perkataan.
  4. Mereka yang menjadi follower di blog ini diberi kelebihan. Kalau korang add aku di twitter, facebook, dsb juga turut diberi kelebihan.
  5. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 September 2009 ( Rabu ), 11.59 malam.
  6. Setiap penyertaan mestilah dihantar ke email aku : yana_soulmate@yahoo.co.uk


Hadiah-hadiah :


Tempat pertama : RM 30
Tempat kedua : RM 20
Tempat ketiga : RM 10
Hadiah saguhati : Mungkin ade, mungkin tak de. Hehe~


Hadiah mungkin dalam bentuk wang ringgit / topup / lain-lain. Terpulanglah pada aku nak bagi dalam bentuk apa sekalipun.


Apa lagi?? Mari beramai-ramai menyertai pertandingan ini. Sebarang pertanyaan sila ajukan di bahagian komen.


update : Tarikh pertandingan dilanjutkan ke 5 Oktober 2009. Pemenang akan diumumkan pada 7 Oktober 2009. Insya-Allah..


18 September 2009

Salam Aidilfitri




Just a simple entry. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan bloggers. Maaf dipinta andai ada kata-kata yang menyakiti hati korang. Semoga Syawal ini diraikan dengan penuh kegembiraan.


p/s : Tahun ni tak balik Johor. Maknanya tak pergi ziarah kubur arwah abah kat sana la. :(

13 September 2009

Kad Raya Dulu vs Kad Raya Sekarang




Ramadhan hampir ke penghujungnya. Syawal pula bakal menjelma. Dah buat persiapan nak sambut Hari Raya? Hehe. Bagi pelajar2 SPM mesti ada antara korang yang tak ambil kisah sangat raya tahun ni. Ye la, SPM tak sampai sebulan lagi. Sekarang ni pun banyak negeri tengah buat Percubaan SPM.


Ok! Biasanya bila nak raya posmen mula sibuk. Apa taknya, banyak kiriman kad raya yang nak kena hantar. Tapi sekarang ni orang dah tak main dengan kad raya ni kan. Betul tak? Kad raya sekarang lagi canggih. Boleh hantar ikut e-mail, ikut telefon bimbit korang. Kad raya yang aslinya dah semakin dilupakan.


Kuantiti kad raya yang aku terima tahun ni pun dah berkurang dari tahun-tahun sebelumnya. Rasanya tahun ni la tahun yang paling sikit kad raya yang aku dapat. Kad raya yang pertama dan mungkin yang terakhir dari tahun ni adalah seperti gambar yang tertera, daripada Management and Science University (MSU). Hampir kesemua pelajar tingkatan lima sekolah aku dapat sebab masa awal-awal tahun dulu MSU datang kat sekolah aku, bagi sedikit ceramah dan taklimat tentang kemasukan ke MSU.


Kenapa dah makin ramai orang lupakan kad raya nie? Antara sebabnya pada pandangan aku ialah kad raya melibatkan kos untuk membelinya berbanding menghantar ucapan raya dengan menggunakan email, SMS dan MMS serta sewaktu dengannya. Sebab yang kedua ialah korang tak payah susah-susah pergi kedai beli kad raya, menghabiskan minyak je. Baiklah korang taip je ucapan korang guna email dan handfon korang yang canggih kan. Lagi cepat. Tak sampai beberapa saat si penerima dah terima ucapan korang. Sebab yang ketiga ialah ketiadaan masa senggang untuk membeli dan memilih kad raya. Nak pergi kedai satu hal. Nak pilih kad tuh pulak satu hal. Ambil masa yang lama. Kan, kan, kan?? :)


Tapi sebenarnya bila korang hantar kad raya yang original yang dibeli dari kedai tuh, lagi korang rasa puas. Masa nak beli tu, korang pilih kad yang lawa. Siap ada kata-kata yang puitis lagi. Ada sesetengah tu pulak ada lagu khas untuk yang teristimewa. Bila dah beli, fikir pulak kata-kata apa nak tulis. Nak bagi pantun ke, sajak ke seloka ke. Tulisan tuh mesti kemas kan agar mudah si penerima nak baca. Lepas tuh pulak, letak setem yang harga 10 sen, 20 sen, 30 sen. Akhir sekali, hantar kat pejabat pos. Bila si penerima dah terima kad raya korang mesti la rasa puas hati kan.Segala penat lelah korang saat dari memilih hingga hantar kad raya tuh dah terbalas bila si penerima baca dan mungkin balas balik kad raya tuh.


Pokoknya, walaupun dunia makin maju, teknologi makin canggih, janganlah kita lupakan cara lama untuk berhubung sesama keluarga, saudara dan rakan-rakan kita. Lepas ni, pergi kedai, beli kad raya. Jangan lupa hantar kat aku! :)


p/s: Raya tahun depan, sapa-sapa nak kad raya sila hantar alamat kat aku. Khas untuk kamu! Tahun depan ye, tahun ni tak sempat. Hehe.
 
Copyright 2009 TOMORROW FOR SURE