28 July 2009

Program Usahawan Muda - Bhgn. 2

Dalam entri sebelum ni, aku dah nyatakan sedikit sebanyak latar belakang mengenai Program Usahawan Muda. Kalau korang tak baca lagi, sila klik di sini. Bagi negeri Terengganu, sebanyak 56 buah sekolah yang menyertai program ini iaitu :


SMKA Tok Jiring
SMKA Sheikh Abdul Malek
SMKA Wataniah
SMKA Durian Guling
SMK Sultan Ahmad
SMK Bukit Sawa
SMK Sultan Mansur
SMK Belara
SMK Rusila
SMK Tengku Intan Zaharah
SMK Sultan Omar
SMK Ajil
SMK Rantau Petronas
SMK Tengku Bariah
SMK Tengku Lela Segara
SMK Seri Nering
SMK Ketengah Jaya
SMK Tengku Ampuan Intan
SMK Telemong
SMK Manir
SMK Geliga
SMK Merchang
SMK Dato' Razali
SMK Padang Midin
SMK Pelagat
SMK Teknik Besut
SMK Landas
SMK Saujana
SMK Seri Nilam
SMK Penarek
SMK Tengku Ibrahim
SMK Durian Mas
SMK Kompleks Rantau Abang
SMK Mak Lagam
SMK Felda Neram
SMK Tengku Mahmud
SMA Atas Sultan Zainal Abidin
SMA Maarif
SMA Marang
SMA Sultan Zainal Abidin Ladang
SMA Setiu
SMA Al-Falah
SMA Mahmudiah
SMA Sultan Ismail
SMA Khairiah
SMA Ittifakiah
Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri (KOSPINT)
Kolej Islam Sains Terengganu (KIST)
SMK Pengkalan Berangan
SMK Guntong
SMK Kuala Jengal
SMK Bukit Tunggal
SM Badrul Alam Shah
SMK Padang Pulut
SMK Lembah Bidong
SMK Jenagau


Pada peringkat permulaan, pelajar2 akan dilantik untuk menyertai PUM. Kalau kat sekolah aku, setiap pelajar yang memohon perlu mendapatkan borang daripada guru pembimbing dan sesi interview akan dijalankan bagi memastikan pelajar tersebut betul2 berminat dan komited untuk menjalankan tugas mereka. Pelajar2 tingkatan empat diberi keutamaan kerana mereka tak terlibat dalam peperiksaan awam. Di sekolah aku juga, setiap syarikat mempunyai sebanyak 36 orang ahli. 5 orang daripadanya merupakan Ahli Lembaga Pengarah yang terdiri daripada Pengarah Urusan, Pengurus Pentadbiran, Pengurus Kewangan, Pengurus Pemasaran dan Pengurus Pengeluaran. Pengurus ICT juga akan dilantik bagi memudahkan persembahan syarikat semasa konvensyen PUM diadakan. Setiap ahli akan menyumbang saham mereka dalam syarikat sebagai modal dalam menjalankan urusan perniagaan. Kalau tak de modal macam mane nak berniaga kan? :)


Ok..macam mane? Dah faham sedikit sebanyak pasal PUM kan? Nak tau lagi? Nantikan entri akan datang :)


Sekian,,ilalliqa' wam'aassalamah...




24 July 2009

Meniti Usia 17 tahun

Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Di luar, kedengaran titisan air hujan jatuh ke bumi. Kesejukan terasa hingga ke tulang. Mataku mula berair. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk terus merebahkan diri dan menikmati tidurku.


"Tot..tot..tot..tot..eh,,mane ade bunyi msg mcm tu.." Bunyi message upin dan ipin kedengaran.
"Sape la yang hantar msg malam2 buta ni.." Aku mulai marah kerana tidurku terganggu.
"Happy birthday ke-17. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..-diyana-"
"Hah,,besday aku ke hari ni..??" Aku terus bangun dari katil, buka lampu dan cek kalendar.
"Lorr~ye ar. Bakpe ar baru ingat. Marin classmates aku dah kias2 dah. Haizz~"


Beberapa minit kemudian, semakin ramai rakan2ku yang mengucapkan selamat ulang tahun kepadaku. Syukran jazilan ya asdiqoi. Sesungguhnya saya begitu terharu dengan setiap ucapan yang anda hantar. (ye ke..?? haha..)


Kepada Farah Nadzirah @ nickete, terima kasih sebab membuat entri khas untuk cik yana dan cik pqah. Sila lihat entri tersebut di sini.





happy birthday juga kepada cik pqah (250792)


Ada seorang atok ni. Dia call saya pagi tadi. Dia wish happy besday juga kat saya. Esok kami akan keluar makan2 bersama atok ini. Kepada nad, atok cakap lain kali kita keluar lagi. Atok akan belanja. Atok tersebut ialah atok fazrul. hehe~ [Jangan marah ye atok..nanti lagi tua] :)


Sekian,,ilalliqa' wam'aassalamah...

20 July 2009

Program Usahawan Muda - Bhgn. 1

Sebenarnya tak ada idea nak tulis. Tapi, ramai sangat yang suruh update blog yang dah lama berhabuk ni. Tiba2 teringat komen abg fazrul. Dia suruh buat entri pasal Program Usahawan Muda supaya PUM ni lebih dikenali.


Ok~ Kalau korang perasan, ada beberapa entri sebelum ini yang berkaitan dengan PUM. Antaranya yang ini, ini, ini, dan yang ini. Sila rujuk entri2 tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Orang kata tak kenal maka tak cinta kan? Hehe~ Ok, apa kata kita skodeng latar belakang PUM ni.


LATAR BELAKANG


Program Usahawan Muda (PUM) merupakan satu pendekatan pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang dilaksanakan Institut Keusahawan Negara (INSKEN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).



Pada permulaannya PUM dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dan mula dilaksanakan pada tahun 1989 di Sekolah Menengah Petaling dan Sekolah Menengah Vokasional Kuala Lumpur. Kemudian pengendaliannya berpindah kepada Kementerian Perusahaan Awam pda tahun 1990. Kementerian Perusahaan Awam seterusnya telah diperkemaskan dari segi skop serta fungsinya pada tahun 1995 dan namanya ditukar kepada Kementerian Pembangunan Usahawan. Sehingga 9 April 2009, nama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, dan kini INSKEN di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Program ini terus berkembang dan sehingga tahun 2008, penyertaan sekolah dalam program ini telah meningkat kepada 598 buah.


MATLAMAT
  • Memupuk dan membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah supaya menjadikan keusahawan sebagai kerjaya pilihan.
  • Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk memula dan melaksanakan perniagaan dengan berkesan.
  • Menyediakan peluang pembelajaran latihan keusahawanan secara praktikal (hands-on)
KAEDAH PELAKSANAAN
  • Pelajar menubuhkan dan mendaftarkan "Syarikat Sendirian Berhad"
  • Perniagaan syarikat dijalankan dan diuruskan selama sembilan bulan.
  • Syarikat dibubarkan.
Itulah sedikit sebanyak pasal PUM. Ada lagi sebenarnya tapi akan di sambung pada episod akan datang :)


Sekian,,ilalliqa' wam'aassalamah...

07 July 2009

Masuk Matrikulasi Ok Ke?

Perhatian kepada semua pelajar Tingkatan Lima Tahun 2009, permohonan kemasukan ke matrikulasi KPM sesi 2010 dah dibuka. Sejak berita ini diketahui, kedengaran suara-suara yang membincangkan mengenai matrikulasi.


"Wei, mung nok masuk dop matrik? Mak aku kabo dak yoh sebab susoh"
"Matrik dok susoh la. Aku tengok bese je."
"Aku dok tahu gok. Isi je la borang. Kalu dok dapat masuk U, aku masuk la matrik."
"Aku nok matrik gambang. Dekat je nge ganu. Se g, budok2 TJ ramai gok kat sana"
"Anok manje sungguh. Ce gok g matrik hok jauh2 nu. Buleh berdikari."


Ayat-ayat di atas merupakan antara ayat-ayat yang sering dituturkan oleh rakan2ku. Bagiku setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan masing2. Ada yang positif, ada yang negatif. Tidak kunafikan, Matrikulasi Gambang di Pahang merupakan antara pilihan pelajar2 di sekolahku dan boleh dikatakan kebanyakan daripada pelajar2 di Matrikulasi Gambang terdiri daripada warga SMK Agama Tok Jiring.



Sehubungan dengan itu, saya dengan muka tak malunya mengharapkan agar pembaca2 sekalian dapat memberikan sedikit pendapat mengenai matrikulasi ini. Lagi banyak pendapat lagi baik.Hehe...Sebabnya ramai yang cakap kalau masuk matrikulasi banyak cabaran yang menanti di sana. Alangkah baiknya jika anda dapat memberikan maklum balas terhadap entri ini.


p/s : Pilihan pertama setakat ni matrik Melaka. Kedua, Johor. Ketiga, Negeri Sembilan. Keputusan akan berubah dari semasa ke semasa.


p/s lagi : Senior2 cakap matrik N9 antara matrik yang terbaik. Betul ke?


Sekian,,ilalliqa' wam'aassalamah...

06 July 2009

Akrab Persahabatan [In-Team]




Akrab Persahabatan
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com




Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua


Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara


Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian


Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua


p/s : rindu sama teman-teman semua..

01 July 2009

Semakan PLKN


Gembira atau sedih..?? Huhu ~
 
Copyright 2009 TOMORROW FOR SURE