30 June 2009

Konvensyen PUM Peringkat Nasional

Alhamdulillah, kami selamat kembali dari negeri Perlis yang indah. Tahniah kepada semua yang telah lakukan yang terbaik, lagi baik dari latihan2 yang terdahulu. Mungkin tiada rezeki untuk kita walaupun pada hakikatnya hanya kita2 saja yang tau. Ya, macam2 perasaan ada dalam hati kita malam tu. Terima saja dengan hati yang terbuka. Sekali lagi, terima kasih kepada semua terutamanya Abg Fazrul yang banyak mengajar serta melatih kami, bukan saja mengenai persembahan yang perlu kami lakukan, tapi beliau juga mengajar kami erti keyakinan, bekerjasama dan semangat berpasukan. Terima kasih kepada pihak PMINT, guru2 dan rakan2.



Lepas ni, aku akan menjalani kembali kehidupan sebagai pelajar seperti biasa. Masa untuk mengejar kembali subjek-subjek yang tertinggal.


Sekian,,ilalliqa' wam'aassalamah...

24 June 2009

Doakan Kejayaan Kami

Seperti yang telah dikatakan dalam entri sebelum ini, Syarikat CEO Sdn. Bhd. dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring akan mewakili negeri Terengganu ke Konvensyen Persatuan Usahawan Muda Peringkat Nasional 2009 di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis bermula 26 Jun - 29 Jun 2009.

Doakan kejayaan kami! Insya-Allah

12 June 2009

Konvensyen PUM Peringkat Negeri

Hari Rabu dan Khamis baru-baru ini (10 & 11 Jun ) telah diadakan Konvensyen Persatuan Usahawan Muda (PUM) Peringkat Negeri 2009 kat Permai Inn Kuala Terengganu. Alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus membuat latihan, dimarahi oleh guru pembimbing PUM sekolah kami, akhirnya syarikat kami berjaya mendapat gelaran syarikat terbaik dan akan mewakili negeri Terengganu untuk Konvensyen PUM Peringkat Kebangsaan nanti. Insya-Allah, 26-29 Jun.

Barisan ALP Syarikat CEO Sdn. Bhd. ialah Muhammad Aiman bin Kamisan selaku Pengarah Urusan, Muhammad Ariff Imran bin Norisham selaku Pengurus Pentadbiran, Wafiuddin bin Md. Ghazali selaku Pengurus Pemasaran, Nurul-Syafiqah bt Che Muhammad Nor selaku Pengurus Pengeluaran dan Farah Nadzirah bt Abd. Majid selaku Pengurus Kewangan serta dibantu oleh seorang Pengurus ICT iaitu pemilik blog ini.



- KEPUTUSAN PENUH -

SYARIKAT TERBAIK :
Pertama : CEO Sdn. Bhd. ( SMKA Tok Jiring)
Kedua : DG-Central Sdn. Bhd. ( SMKA Durian Guling)
Ketiga : Mafatih Al-Falah Sdn. Bhd. ( SMA Marang )

LAPORAN SYARIKAT TERBAIK :
Pertama : CEO Sdn. Bhd. ( SMKA Tok Jiring)
Kedua : DG-Central Sdn. Bhd. ( SMKA Durian Guling)
Ketiga : Mafatih Al-Falah Sdn. Bhd. ( SMA Marang )

PERSEMBAHAN TERBAIK
Pertama : Mafatih Al-Falah Sdn. Bhd. ( SMA Marang )
Kedua : CEO Sdn. Bhd. ( SMKA Tok Jiring)
Ketiga : Mahaza Corp. Sdn. Bhd. ( SMA Atas Sultan Zainal Abidin )

PENGURUS TERBAIK
Pertama : CEO Sdn. Bhd. ( SMKA Tok Jiring)
Kedua : Mafatih Al-Falah Sdn. Bhd. ( SMA Marang )
Ketiga : Golden Cara Sdn. Bhd. ( SMKA Sheikh Abdul Malek )

GURU PEMBIMBING TERBAIK
Pertama : Mafatih Al-Falah Sdn. Bhd. ( SMA Marang )
Kedua : City Paradise Sdn. Bhd. ( SMK Dato' Razali Ismail )
Ketiga : Mahaza Corp. Sdn. Bhd. ( SMA Atas Sultan Zainal Abidin )

PRODUK KREATIF
Pertama : Mafatih Al-Falah Sdn. Bhd. ( SMA Marang )
Saguhati : CEO Sdn. Bhd. ( SMKA Tok Jiring)

PERKHIDMATAN KREATIF
Pertama : CEO Sdn. Bhd. ( SMKA Tok Jiring)
Saguhati : Mafatih Al-Falah Sdn. Bhd. ( SMA Marang )

PENGETUA TERBAIK
Pertama : Mafatih Al-Falah Sdn. Bhd. ( SMA Marang )
Saguhati : Mahaza Corp. Sdn. Bhd. ( SMA Atas Sultan Zainal Abidin )
Saguhati : Double T Sdn. Bhd. ( SMK Sultan Omar )

Tahniah kepada semua!

07 June 2009

Jom Belajar Bahasa

Salam rakan-rakan semua! Post kali ini, aku ingin berkongsi sebuah laman web yang amat berguna untuk kita. Kepada adik2 yang masih lagi bergelar murid sekolah, abang2 atau kakak2 yang bergelar mahasiswa/mahasiswi, uncle2 dan aunt2 di luar sana, jom kita tambahkan pengetahuan kita dengan belajar pelbagai bahasa.




Menarik bukan? Apa lagi..daftarkan diri anda di sini. Banyak bahasa yang boleh kamu pelajari termasuklah Bahasa Melayu. Selamat belajar!

p/s : Hari Khamis lepas, kami sekeluarga kemalangan. Alhamdulillah, Tuhan masih lagi beri kami peluang bernafas di bumi ini. Kereta tuh memang remuk teruk. Setiap yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Jadi, kepada mereka-mereka yang nak berjalan-jalan, baca doa sebelum naik kenderaan dan pandulah dengan berhati-hati. Pesanan ikhlas dari penaja! :)

02 June 2009

Stadium Sultan Mizan Runtuh

Amat mengejutkan! Stadium Sultan Mizan yang terletak di Gong Badak, berhadapan dengan PSM Gong Badak telah runtuh pada pagi tadi. Hampir 70% daripada stadium tersebut ranap.




sumber gambar : penawarrindu

Tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan. Tetapi, beberapa buah kenderaan dan motosikal rosak akibat runtuhan tersebut. Tgk ni : http://shamatun.blogspot.com/2008/05/sehari-selepas-dirasmikan.html

p/s : Lepas ni tak boleh la main boling. Rosak plan untuk cuti ni. Erm ~
 
Copyright 2009 TOMORROW FOR SURE