31 May 2009

Berhenti Blogging!

Merujuk pada tajuk di atas, dengan ini, saya pemilik blog ini merehatkan diri buat seketika daripada meng'publish'kan sebarang entri. Hal ini demikian kerana template yang sedang saya gunakan ini mempunyai masalah. Kamu perasan tak ape masalahnyer..?? Erm ~ Dok larat doh ngadap code2 tuh..mintak tolong sis ien pun dah...tp sis ien pun xdpt nak tolong. Last2 sis suh wat report kat google. Huk3 ~~

Terima kasih ye sis! Jasamu takkan kulupakan. Jangan lupe rehat. Kang melarat pulak sakit tuh..
Berbalik kpd tajuk di atas, entri seterusnya akan dipublish selepas google selesai membuat siasatan pd blog ini.

Ni sekadar makluman je, awok2 TJ nok g khemoh. Mujur gok dok kemoh kat koloh. Tapi dok tahu ar best ke dok kat nung sebab cg hok bg kumpulan. Kalo ambe ade mase ambe kabo ar mende hok berlaku kat nung.. Se g, awok2 ALP PUM ade konvensyen. Doa2 ar buleh menang. Kalo menang buleh g peringkat kebangsaan plok..kat perlis. Doa2 ar nehh..

p/s : Berlaku sedikit kecelaruan pd entri kali ini. Siapa2 yang tak faham apa yang aku tulis tuh takpe ar. Nak taw pergi rujuk kamus loghat terengganu..hehe ~

update : sape2 yg dpt kesan masalah dlm blog ni sila btaw..nak bagi hadiah..hehe ~

27 May 2009

Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat









Masuk tahun ini dah 6 tahun beliau meninggalkan kami sekeluarga. Rasanya baru semalam peristiwa tersebut berlaku. Bagaikan masih baru lagi kami bergurau senda bersama-sama. Masih lagi terngiang-ngiang gelak tawanya, tutur katanya dan juga pesanan serta nasihatnya. Namun, apakan daya. Allah lebih menyayanginya. Kita sebagai hambanya harus menerima dengan hati yang reda. Ya, kami relakan pemergiannya. Biarlah dia bersemadi dengan aman dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang soleh.

Aku mengimbau lagi kenangan lalu. 27 Mac 2003. Tarikh tersebut takkan kulupakan. Pulang sahaja dari sekolah, aku bersama pembantu rumah kami bercakap tentang dia. Hampir seminggu dia dimasukkan ke hospital. Aku memberitahu kepada pembantu rumahku yang kupanggil Kak Maria bahawa aku ingin sangat dia cepat sembuh. Aku ingin dia menghabiskan masanya bersama keluarga. Dalam pukul 2 petang telefon berdering. Aku bergegas mengangkat telefon. Suara ayah saudaraku yang mengatakan bahawa dia dalam keadaan tenat dan menyuruh kami bersiap untuk ke hospital.

Tanpa disedari air mataku mengalir deras. Tidak lama kemudian sebuah kereta polis tiba di rumah kami. Lantas, kami bergegas masuk. Setelah mengambil abangku di sekolah, kereta memecut laju. Sampai di hospital, kami dibenarkan berjumpa dengan dia. Kulihat emakku sedang membacakan Yaasiin untuknya. Mata emak kulihat merah. Di sebelah katilnya, kulihat datukku di samping ayah serta emak saudaraku yang lain. Ya Allah, adakah sudah sampai masanya untuk dia pergi? Kami adik beradik berjumpa dengan dia. Aku hanya mampu menangis dan meminta maaf dengannya. Aku dengar dia bersuara tetapi tutur katanya tidak jelas. Tidak sampai 10 minit, doktor menyuruh kami keluar. Emak ditinggalkan bersama dengannya.

Kami adik beradik masih lagi menangis kecuali abangku. Dia memarahi kami kerana menangis. Dia menyuruh kami berdoa agar dia dapat diselamatkan. Namun, apakan daya. Aku hanyalah seorang anak yang masih lagi kecil pada masa itu. Baru berumur 11 tahun. Kulihat adik-adikku yang lain turut teresak-esak. Kami ditenangkan oleh emak saudara kami.

Mereka yang hidup pasti akan mati. Berita itu telah disampaikan kepada kami. Dia pergi meninggalkan kami akhirnya. Innalillah hiwainna ilaihi rojiun. Ya Allah, tabahkanlah hati kami menerima dugaan ini. Jenazah dibawa pulang ke rumah datukku. Kulihat ramai orang yang memakai pakaian seragam berwarna biru gelap. Rupa-rupanya kenalan-kenalannya turut memberikan penghormatan terakhir. Kemudian, jenazah dibawa ke Johor untuk dikebumikan di kampung halamannya. Alhamdulillah, dengan bantuan daripada PDRM kami selamat tiba pada awal pagi. Orang-orang berkopiah dan bersongkok sudah berkumpul di halaman rumah.

Urusan pengebumian disegerakan. Selepas Subuh, sebelum ke tanah perkuburan kami sekeluarga mencium jenazah. Inilah kali terakhir kami dapat menatap wajahnya. Setibanya di tanah perkuburan, aku ditinggalkan bersama emak saudaraku. Aku melihat dari jauh namun segala urusan pengebumian dapat kulihat dengan jelas.

Kini, peristiwa tersebut telah 6 tahun berlalu. Tetapi wajahnya dan nasihatnya masih lagi kuingati hingga kini. Tidak mungkin akan terpadam dari ingatanku. Beliau telah banyak berkorban demi keluarga yang tercinta. Walaupun dia seorang yang agak tegas tetapi hatinya masih lagi lembut. Mungkin ketegasannya itu dipengaruhi oleh jawatan yang dipegangnya dalam PDRM. Satu pesanan yang sering diingatkan kepada anak-anaknya ialah belajar bersungguh-sungguh. Alhamdulillah, anakmu ini telah melakukan yang terbaik dalam UPSR dan PMR yang lalu. Kini, SPM pula bakal menjelma. Aku inginkan keputusan yang cemerlang! Walaupun aku tidak dapat berkongsi kegembiraan itu dengannya serta menerima pelukan dan ucapan tahniah daripadanya sebagaimana pelajar-pelajar yang lain, tetapi aku ingin buktikan yang aku juga mampu mengecapi kejayaan. Insya-Allah.









Ayah [ Ae-man ]

Ketika kejauhan
Masihku hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pemerkan
Bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian

Ketikaku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Disaat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau disisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat dihati.....

21 May 2009

Ketulusan Hati - Marshanda










Anda semua mesti dah tahu tentang lagu ni. Ketulusan Hati merupakan lagu tema bagi drama "Aqso dan Madina" yang kini sedang ditayangkan di TV9 setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6.30 petang. Layann~~

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Di dunia yang sarat godaan
Ku mohon dosaku diampunkan
Ingin bahagia, Dunia akhirat
Turunkan rahmat-Mu untukku

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

16 May 2009

'Idul Muallimin










Guruku
Munsyid : Shoutul Amal


Guruku
Kau penyuluh hidupku
Menerangi alam ini
Kau ku anggapkan
Sebagai ibubapaku

Chorus:
Wahai guruku
Kau ibarat sebatang lilin
Menerangi alam kegelapan
Kau sanggup membakar dirimu

Wahai guruku
Kau insan yang mulia
Mendidik dan membimbing daku
Kaulah insan yang kusanjungi

Guruku
Segala baktimu
Akan ku balas dengan kejayaanku
Akan ku buktikan kepadamu
Wahai guruku

Tanggal 16 Mei bukanlah suatu tarikh yang asing bagi kita. 16 Mei merupakan tarikh keramat bagi para guru kerana pada hari tersebut mereka akan diraikan. Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.


Kepada semua warga pendidik di :
Taski Abim Arif, Kuala Lumpur
Sekolah Kebangsaan Taman Keramat ( 1 ), Kuala Lumpur
Sekolah Rendah Agama Taman Keramat, Kuala Lumpur
Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir, Muar, Johor
Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman ( 1 ), Kuala Terengganu
Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Kuala Terengganu
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring, Kuala Terengganu
Tuisyen Cyber, Tok Jiring

Ucapan jutaan terima kasih kepada para guru yang telah banyak menaburkan jasa dan bakti kepada anak didikmu ini. Walaupun pelbagai gelagat yang kurang menyenangkan ditunjukkan oleh diri ini, namun dikau tabah menghadapinya. Halalkan segala ilmu yang dikau curahkan kepadaku. Moga guru-guru semua sentiasa dirahmatinya dalam mendidik anak bangsa.

p/s : Semalam seorang guru di tuisyen mengamuk kerana pelajarnya bercakap ketika dia mengajar. Keempat-empat pelajar tersebut merupakan pelajar di dua buah sekolah agama yang terkenal di Bandaraya Kuala Terengganu ini. Beliau mengatakan beliau tidak menghalalkan ilmu yang diberi kepada mereka. Dah la masa ni musim peperiksaan. Tak mustahil mereka mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam peperiksaan kali ini. Erm ~ Janganlah melukai hati guru anda.
 
Copyright 2009 TOMORROW FOR SURE