28 April 2009

Sekadar Peringatan - 01

Nak kata dah kahwin,
rasanya belum lagi,
bila tanya bila nak kawin?
entahlah... .. x tau lagi... .

perangai mengalahkan org dah kawin
berkepit sana-sini,
padahal bukan mahram,
ikut trend masa kini..

heran... .pegang tangan tak takut dosa ke,
berpeluk-pelukkan x tau malu ker,
tak kasihan mak bapak ker,
hantar suruh belajar / kejer kau buat leka...

nak kata tak belajar agama,
kecik-kecik mak bapak hantar,
sekarang nak salah siapa kalau buat dosa,
sendiri bangang coz x ikut apa yg diajar...

belajar tinggi sampai gayat,
tp tak amal sepanjang hayat,
islam tu kan penyelamat,
bila nak amal... . tunggu sampai jadi mayat ?...

sana sini buat wayang,
orang tengok naik bengang,
itu belum lagi rumput kat padang,
kalau idup sure kena terajang...

dulu masa single okey jer,
sekarang dah couple banyak lak dosa,
bila org tegur buat derk jer,
apa kulit dah tebal nak masuk neraka?...

bila kena tangkap khalwat,
buat muka jadi kelat,
malu mengalahkan ikan jelawat,
tambah muka penuh jerawat..

masa buat x tau malu,
ikut sangat telunjuk nafsu,
buat maksiat x segan silu,
sekarang lagu mana... susu dah jadi keju..

suruh sembahyang... nanti..nanti..
boyfriend tepon terus pergi,
nak bersyukur atas nikmat Allah x reti²,
boyfriend yg bg sekuntum bunga tulah dipuji²...

yang si mamat nie pun sama,
suruh gie masjid nak bawak girlfriend sama,
mana taknya dah berjanji hidup bersama,
sampai solat jumaat pun nak dikerjakan bersama

kesudahannya hari jumaat,
org solat jumaat,
dia bershopping bukan main ligat..

sumber : Mat [admin Bacteria]

15 April 2009

Kaum Lelaki Pun Patut Baca!

Kali ini entri yang mungkin sedikit pendek tetapi mungkin membawa manfaat kepada anda semua. Feqh Wanita Moden, judul buku yang baru semalam habis kubaca. Secara jujurnya, buku ini memang memberi informasi yang berguna kepada kaum wanita dan tidak kurang juga kepada kaum lelaki.

gambar : kredit to google

Mungkin ramai yang tertanya-tanya. "Eh,,takkan orang perempuan tak tahu pasal benda ni??". Mengikut beberapa orang responden yang telah ditemuramah secara tidak rasmi minggu lepas, terutamanya para naqibah, jawapan yang diterima seperti yang telah diduga olehku. Kebanyakan kaum perempuan tidak mengetahui dengan lebih mendalam tentang haid terutamanya. Oleh itu, buku ini amat sesuai bagi mereka yang ingin meleraikan segala kekeliruan yang bermain di minda anda semua.

Memetik kata-kata Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus iaitu YB S.S. Dato' Hj. Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad :
"Buku ini bukan sahaja mesti dimiliki oleh semua wanita, bahkan kaum lelaki mesti memahami permasalahan tersebut kerana lelaki adalah ketua keluarga di dalam Islam."

Sekian,,ilalliqa' wama'assalamah...

p/s : Kepada kaum lelaki, siapakah antara anda yang mahu membeli buku ini ?

 
Copyright 2009 TOMORROW FOR SURE