26 March 2009

Rampas Telefon...Wajar Atau Tidak?

Beri kuasa semua guru rampas telefon

KUALA LUMPUR 18 Mac - Kementerian Pelajaran disaran memberi kuasa kepada guru untuk merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah dan bukan hanya kepada guru disiplin sahaja.

Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Ali Hassan berkata, langkah itu penting bagi memastikan usaha membendung gejala disiplin pelajar dapat dilaksanakan secara berkesan dan menyeluruh.

"Sebuah sekolah kadang- kadang mempunyai seorang guru disiplin sahaja, mereka sukar memantau pelajar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru-guru Besar Malaysia (GMGBM), Ruslan Madon pula meminta Kementerian Pelajaran memberi kuasa kepada semua guru untuk merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah.

Semalam, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihak sekolah khasnya guru disiplin akan diberi kuasa penuh untuk merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah.

"Jika guru kelas juga diberi kuasa untuk merampas telefon bimbit pelajar, saya percaya usaha untuk membanteras gejala tersebut tidak perlu mengambil masa yang lama," katanya.

Menurut Ruslan, pihaknya mendapati ada pelajar tidak jujur ketika menduduki peperiksaan apabila mereka merujuk nota dan formula subjek tertentu yang disimpan dalam telefon bimbit.

"Selain itu, kes gangsterisme boleh berlaku disebabkan penggunaan telefon bimbit di sekolah kerana timbulnya perasaan iri hati sesama pelajar," katanya.

Tambah Ruslan, pihak sekolah perlu memastikan kemudahan telefon awam yang disediakan dapat berfungsi dengan baik supaya ia boleh digunakan apabila berlaku hal kecemasan.

"Malah, papan tanda amaran yang melarang penggunaan telefon bimbit di sekolah perlu diwujudkan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar," katanya.

Menurut beliau, Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran berhubung peraturan sekolah perlu dipanjangkan kepada ibu bapa agar mereka dapat memantau anak-anak daripada melanggar peraturan tersebut.


Guru diberi kuasa rampas telefon bimbit

PUTRAJAYA 17 Mac - Kementerian Pelajaran hari ini memberi kuasa penuh kepada pihak sekolah khasnya guru disiplin untuk merampas telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, semua sekolah telah dimaklumkan supaya tegas dalam melaksanakan arahan itu kerana sebelum ini terdapat sekolah yang teragak-agak untuk mengambil tindakan tersebut.

''Peraturan menghalang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah telah lama diwujudkan tetapi ada sekolah yang masih serba salah untuk merampas telefon bimbit pelajar.

''Tetapi mulai esok, peraturan ini akan dikuatkuasakan sepenuhnya di mana pihak sekolah perlu merampas semua telefon bimbit yang dibawa pelajar ke sekolah," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Induk Menangani Gejala Disiplin Murid di sini hari ini.

Ka Siong berkata, semua telefon bimbit yang dirampas hanya boleh dituntut oleh ibu bapa pelajar dan mereka akan dimaklumkan supaya jangan membenarkan anak mereka mengulangi kesalahan yang sama.

''Sebelum ini kita mengesan terdapat pelajar yang sering kali mengulangi kesalahan membawa telefon bimbit ke sekolah kerana ibu bapa mereka sanggup menuntut telefon itu di sekolah.

''Walaupun telefon bimbit dilarang, ibu bapa sebenarnya masih boleh menghubungi anak mereka melalui pihak sekolah manakala pelajar juga boleh menghubungi ibu bapa mereka melalui telefon awam atau telefon sekolah sekiranya berlaku hal kecemasan," katanya.

Beliau berkata, larangan telefon bimbit ke sekolah perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia sering kali dikaitkan dengan masalah disiplin pelajar serta mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

''Melalui telefon bimbit juga, pelajar telah menghantar dan menerima bahan yang bukan-bukan di dalam kelas," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

Adakah anda semua terutamanya mereka yang bergelar pelajar bersetuju dengan keputusan di atas ? Mungkin ada yang kurang senang dan tidak kurang juga yang mengakui bahawa keputusan tersebut adalah amat tepat. Baru-baru ini, guru disiplin sekolah aku juga turut menegaskan perkara yang sama. "Sesiapa yang membawa telefon bimbit dan jika dilihat oleh guru, telefon tersebut akan dirampas. Kalau nak tuntut semula, bawa ibu bapa bersama dan denda sebanyak RM10 akan dikenakan." Ada juga denda tambahan rupanya. Bukan setakat kesalahan membawa telefon bimbit sahaja akan dikenakan denda. Kalau tali pinggang yang dipakai oleh pelajar lelaki tidak mengikut syarat juga akan dirampas dan sesiapa yang ingin menuntutnya hendaklah membayar sebanyak RM5. Aku pasti, mereka yang barangnya dirampas tentu tidak akan menuntut kembali hak mereka berdasarkan suara-suara yang kudengar.

Arahan terbaru juga turut dikeluarkan. Dan arahan ini mendapat tentangan daripada segelintir pelajar. Sebarang aktiviti kokurikulum sama ada peringkat sekolah, daerah atau negeri yang disertai oleh para pelajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit! Adakah arahan ini dapat dipatuhi oleh para pelajar ?

Sila kongsi pendapat anda dengan meninggalkan komen di bawah.. :)

p/s : Dalam dua minggu lagi aku dan ALP PUM yang lain bakal bertanding untuk Konvensyen PUM Peringkat Negeri. Adakah aku juga termasuk dalam golongan yang tidak dibenarkan untuk membawa telefon bimbit? Sudah tentu arahan tersebut tidak akan kupatuhi kerana menyusahkan kami untuk berhubung dengan guru-guru kami!

18 March 2009

Kizuna [ Bond ]

Entri pada kali ini, aku hanya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai sebuah video yang pada pandanganku amat menarik. Mengenai sebuah ikatan persahabatan. Untuk pengetahuan anda, lagu Kizuna ini merupakan antara lagu tema bagi kelab yang telah ditubuhkan kembali oleh aku dan rakan-rakan di sekolahku, Video in Education Club.



KAT-TUN and KANJANI8 - KIZUNA

Saki no koto dore hodo ni kangaete itemo
hontou no koto nante dare ni mo mienai
kuuhaku? kokoro ni nanika ga tsumatte
ayamachi bakari kurikaeshiteta

ippo zutsu de iisa kono te wo hanasazuni
tomo ni ayunda hibi ga iki tsuzuketeru kara
boroboro ni narumade hikisakarete ite mo
ano toki no ano basho kienai kono kizuna

nagare yuku toki no naka ushina wanu youni
sure chigai butsu katta hontou no kimochi
kokoro ni shimiteku aitsu no omoi ni
deaeta koto ga motometa kiseki

tachi domaru koto sae dekinai kurushisa no
naka ni mieta hikari tsunagatte iru kara
usotsui tatte iisa namida nagashite iikara
ano toki no ano basho kienai kono kizuna

ippo zutsu de iisa kono te wo hanasazuni
tomo ni ayunda hibi ga iki tsuzuketeru kara
boroboro ni narumade hikisakarete ite mo
ano toki no ano basho kienai kono kizuna

English Translation:

Kizuna(Bond)

No matter how much we consider the future
No one can see the truth
Something is blocking my blank mind
It's just a mistake that I've been repeating

It's okay for my steps to continue, these hands have separated
Walking away from where you continue to live
Until I become worn out I keep prolonging it
That time, that place, it will never disappear - this bond

In time that flows, I try not to lose anything
Passing by, we collided - true emotion
Permeated my heart, into warm desires
The miracle I requested came about by chance

Even when things couldn't stand still, amidst the pain
I saw the light, because we were bound together
It's okay if you lied, and it's okay to cry
That time, that place, it will never disappear - this bond

It's okay for my steps to continue, these hands have separated
Walking away from where you continue to live
Until I become worn out I keep prolonging it
That time, that place, it will never disappear - this bond

p/s : Lagu ni selalu kuulang-ulang dalam laptop ini. Adakah disebabkan aku mula merasakan rakan-rakanku semakin menjauh dariku ? Adakah ini hanya perasaanku saja ? Sebak juga bila tengok Koki dan Jin menangis dalam video kat atas tu...

Hadiah daripada Cikgu Paatz...hehe

Sekian,,ilalliqa' wama'assalamah...


13 March 2009

Syabas Kepada Kalian

Seperti yang diketahui umum, semalam merupakan tarikh yang amat penting kepada calon-calon SPM 2008 kerana keputusan peperiksaan telah diumumkan. Aku juga tidak ketinggalan untuk menyibukkan diri di celah-celah bekas pelajar yang hadir itu.





Mengikut apa yang diberitahu oleh Cikgu Aziz di dalam dewan tersebut, seramai empat orang pelajar SMK Agama Tok Jiring telah mendapat straight A. Seorang daripadanya iaitu Ahmad Muzammir bin Muhammad, Ketua Pengawas tahun 2008 telah mendapat 12 A1 untuk kesemua subjek yang diambil. Tiga orang pelajar yang mendapat straight A ialah Kak Nabila, Kak Nurulliyana dan Nuzul Syazwan. Secara keseluruhannya, keputusan pada kali ini menurun dari tahun lepas.





( klik kanan dan tekan view image untuk paparan yang lebih besar )

Akhir kata, tahniah diucapkan kepada semua pelajar tingkatan lima SMKATJ 2008 terutamanya kepada Syahir (jangan sedih ok..! Keputusan anda amat baik.. ), Faiz ( aku tak tahu result pak cik ni...kat dewan nampak dia tapi mukanya amat berlainan dari dalam gambar ), Marzuqi ( semakin gelap nampaknya akhi kita...maklumlah, baru balik dari PLKN ) dan Ruzaini ( anda tidak kenal saya ? ). Tidak lupa juga kepada irku!, mat, jamie dan ahmad.

Selamat bercuti kepada semua pelajar. Tetapi kami, pelajar-pelajar tingkatan lima tidak dapat 'berehat'. Bertimbun-bertimbun kerja cuti 'terancam' yang diberikan kepada kami. Argghh ~ Demi mendapat keputusan yang cemerlang, kami rela melakukannya..isk3.. ~~

p/s:Dok sangke wehh...ambe menang contest yang Khairil anjurkan...dok pasal-pasal dapat topup free...hehe ~ syukran jazilan ya akhi Khairil.. :)

Sekian,,ilalliqa' wama'assalamah...

11 March 2009

Peribadi dan Akhlak Rasulullah s.a.w.

Aku rasa masih belum terlambat untukku mengucapkan Selamat Menyambut Maulidurrasul. Sedang aku membelek-belek nota EST, terjumpalah satu helaian kertas yang amat menarik. Mungkin itu kertas abangku. Apa-apa pun aku nak berkongsilah juga sedikit sebanyak mengenai apa yang terkandung dalam helaian tersebut.


Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan air matanya sentiasa berlinangan
Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
Sangat elok dan sempurna wajahnya
Baginda memiliki perasaan yang halus
Baginda mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena
Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik yang melambangkan kesombongan dan kemegahan
Baginda makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
Tidak pernah mengumpat, mencerca atau menghina orang lain
Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
Baginda memakai serban di atas kopiahnya
Suka membalas hadiah
Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
Baginda sangat berlemah-lembut dengan isteri dan ahli keluarganya
Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak, baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak
Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
Amat kasih terhadap umatnya
Tidak pernah mengambil rezeki kurniaan Allah melebihi keperluan makan minumnya
Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad fisabilillah
Sentiasa membantu orang lain walaupun baginda sendiri dalam kesusahan
Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
Suka menziarahi orang sakit
Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
Bersikap tegas, pemaaf dan pengasih dalam perjuangan

(dipetik daripada poster yang dikeluarkan oleh Pustaka Fitrah)

Ingatlah, cintailah Rasulullah s.a.w. kerana baginda sangat cinta kepada kita...

02 March 2009

Masyarakat Sihat Tanpa HIV

Pagi tadi ada satu program, Program Pendidikan Kesihatan Bersama Pemimpin Peringkat Daerah Kuala Terengganu. Tajuk program tu ialah "Masyarakat Sihat Tanpa HIV". Dirasmikan oleh YB Ustaz Hj. Muhammad Ramli bin Haji Nuh ( ADUN Tepoh ), program ni memang dikhususkan kepada para pelajar kerana kebanyakan yang terlibat dengan HIV ialah para remaja dan belia. Semalam pun dalam program Halaqah di TV9, sedikit sebanyak juga menyentuh tentang HIV kerana tajuk pada malam semalam ialah "Dating". Ye, seperti ceramah-ceramah yang lain, program ni bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat akan bahayanya jangkitan HIV, cara pencegahan dan kawalannya.

Adakah korang tahu bila kes yang pertama HIV /AIDS mula dikesan? Kes pertama HIV / AIDS dikesan pada tahun 1986. ( Kalau doktor tu tak bagitahu aku pun tak tahu gak.. ). Seperti yang kita semua sedia maklum, mereka yang membawa virus HIV dan menghidap AIDS kebanyakannya ialah orang Melayu. 72% daripada mereka adalah orang Islam. Diulang, orang Islam! Adakah bidang ini yang saudara2 kita kuasai selain bidang2 lain seperti menjadi mat2 rempit, doktor yang tidak bertauliah dan sebagainya? Bangkitlah wahai saudara2ku sekalian. Sampai bila kita perlu berada di tahap yang paling bawah?

Mengikut statistik hingga akhir 2007, Johor mencatatkan peratus yang paling tinggi manakala Terengganu pula berada di tempat yang ke lima dari 14 buah negeri di Malaysia. Selain itu, ni sebagai pengetahuan juga, 1 Disember setiap tahun merupakan hari AIDS sedunia. Kami juga turut didedahkan mengenai denggi dan chikungunya. Slot kali ini lebih menarik kerana penceramahnya begitu pandai berkomunikasi dengan para pendengar. Aku yang beberapa kali tersengguk-sengguk pun jadi segar balik. Hehe ~

Sesungguhnya tidak sah sesuatu majlis jika tiada acara penyampaian hadiah atau cabutan bertuah. Setelah beberapa nombor yang bertuah dipanggil, akhirnya tibalah ke giliranku. Tak sangka pulak sebab masa pendaftaran tu aku telah mem'bodek' kakak tu supaya memberiku nombor kegemaranku, 7. Oleh sebab tak ada, dia bagi la nombor 037.



Mula2 memang rasa macam tak ada harapan sebab hadiah mase tu pun tinggal berapa kerat je lagi. Tapi, betul kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Betul ke peribahasa ni? Kalau salah bagitau aku. Aku rasa setakat ni je entri kali ni. Siapa2 yang sama2 nak merasa hamper tuh bgtau aku..haha ~

Antara cenderahati yang diberikan oleh penganjur

Sekian,,ilalliqa' wama'assalamah...
 
Copyright 2009 TOMORROW FOR SURE