TOV ( Take Of Value )
Peperiksaan yang pertama untuk bulan ini. Secara jujurnya, aku belum bersedia. Perasaan malas masih lagi menguasai diri ini. Jadi, aku hanya buat ala kadar untuk peperiksaan kali ini.

PUM ( Persatuan Usahawan Muda )
Alhamdulillah, semua laporan dah disiapkan. Terima kasih kepada semua ALP yang memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi. Kepada seseorang itu, jangan hanya sekadar berjanji tapi tak tunaikan. Bukan main cakap nak siapkan semua laporan, alih-alih laporan mung pun aku yang buat. Insaf ar weiii.. ~
Asdiqoi ( sahabat-sahabatku )
Hubunganku dengan Yaya semakin rapat. Mungkin kerana Abg *N** yang selalu menjadi topik perbualan kami. Hehe ~ Oppss,,jangan salah sangka. Dia hanyalah ex-senior kami di TJ. Rakan-rakan yang lain? Ok la...
Keputusan TOV
Setelah 3 minggu menghadapi peperiksaan, beberapa subjek telah diketahui keputusannya. Harapan untuk mendapat seberapa banyak A tidaklah terlalu tinggi. Targetku hanyalah 3 A sahaja. Alhamdulillah, setakat ini 3 subjek telah mendapat A. Sekadar 2A sahaja. Additional mathematics masih lagi di tahap yang teruk. Siapa-siapa yang pandai subjek ni, sila-silalah turunkan ilmu kepadaku.. ~
Pelajaran
Disebabkan minggu peperiksaan agak lama dilalui, mood untuk meneruskan pelajaran agak kurang. Satu-satunya subjek yang menarik perhatianku ialah Pendidikan Syariah Islamiah. Kenapa ? Kerana kami mula diajar tentang bab perkahwinan. Hehe ~ Borang pendaftaran untuk peperiksaan SPM telah pun diisi. Mengenai entriku yang terdahulu mengenai subjek EST, kami diwajibkan untuk mengambil subjek tersebut.

Kepada adik-adikku tingkatan empat ( maryam, teefah, sarah, farah, syamim ), selamat menduduki peperiksaan pada hari esok ( Ahad, 01032009 ). Buat yang terbaik ye dik!


