31 January 2009

Januari

Sedar tak sedar sudah sebulan masa kita berlalu. Sejak sebulan ini jugalah pelbagai perkara yang berlaku sama ada di sekolah atau di rumah telah kulalui. Kehidupan sebagai murid tingkatan lima amat menguji kesabaranku. Bermula dengan kerja rumah yang bertimbun-timbun, ditambah pula dengan laporan syarikat CEO Sdn. Bhd. yang masih lagi belum siap membuatkan aku berasa cukup tertekan.


Kepada rakan-rakanku, selamat menghadapi peperiksaan TOV bermula pada hari Ahad ( 010209 ) sehingga 150209...Selama tiga minggu ini, tiada entri terbaru kerana pemilik blog ini terpaksa bertungkus lumus menelaah pelajaran. Doakan kejayaan kami...insya-Allah...


p/s : Memandangkan hari ini merupakan hari terakhir untuk bulan Januari, dengarlah lagu di bawah yang mempunyai kaitan dengan bulan ini. (Title je...)

** JANUARI **

Berat bebanku
Meninggalkanmu
Separuh nafas jiwaku.... sirna

Bukan salahmu
Apa dayaku
Mungkin cinta sejati tak berpihak.. pada kita

Kasihku...
Sampai disini kisah kita
Jangan tangisi keadaannya
Bukan karena kita berbeda

Dengarkan...
Dengarkan lagu... lagu ini
Melodi rintihan hati ini
Kisah kita
Berakhir di januari

DOWNLOAD

23 January 2009

EST...Perlu atau tidak ?

Untuk pengetahuan anda semua, EST atau English For Science and Technology merupakan salah satu subjek pilihan bagi calon-calon SPM. Tapi, disekolahku, murid-murid aliran sains tulen agama diwajibkan mengambil subjek ini. Oleh sebab itu, ada segelintir daripada mereka yang mempertikaikan keputusan itu kerana EST merupakan subjek pilihan tapi kenapa pihak sekolah mewajibkan kami supaya mengambil subjek ini. Jika dilihat keputusan calon-calon SPM yang lepas, kebanyakkan daripada mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam kesemua subjek yang diambil kecuali EST. Pernah terjadi di sekolahku seorang murid mendapat straight 1A untuk 11 subjek dan B untuk EST. Tidak kurang juga yang mendapat gred C untuk subjek ini. Tidakkah anda lihat disebabkan EST, keputusan murid tersebut menjadi ‘cacat’ ? Tidak dinafikan juga ada murid yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek ini.

Jadi, memandangkan ramai rakan-rakan bloggersku merupakan orang-orang yang lebih dewasa dariku, seperti ex-senior2ku di TJ [ akhi Fuad, Faiz,...ukhti Thuwaibah, ukhti Zatil dll ], akhi Luth, akhi Khairil, akhi Amir, ukhti Najah dll aku ingin meminta pandangan kalian tentang tajuk kali ini. EST...Perlu atau tidak?? Jika perlu mengapa dan jika tidak sila berikan alasan juga. Diharap dengan penjelasan dan pandangan daripada anda dapat meleraikan persoalanku sama ada wajar atau tidak untukku mengambil subjek ini.


03 January 2009

Nantikan Kehadiranku Wahai Sayangku

Aku merinduimu...sangat-sangat merinduimu. Aku tidak sabar ingin berjumpa denganmu kembali. Esok kita akan bertemu kembali. Aku amat menyayangimu, wahai SEKOLAHKU..!!!
Huh, esok dah mula sekolah (bagi negeri2 di Kedah, Kelantan dan Terengganu).Bermulanya sesi persekolahan bermakna bermulalah episod-episod baru dalam hidupku. Kelas tambahan, tuisyen, latihan dan sebagainya akan memenuhi diari hidupku sebagai seorang pelajar tingkatan 5 yang bakal mengambil Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) bagi tahun ini.

SPM...nantikan kehadiranku. Aku akan berjuang habis-habisan untuk menewaskanmu. 12 subjek bukan satu bebanan untuk diri ini. Aku akan merealisasikan hasrat arwah ayahku. Aku ingin menggembirakan ibuku dengan keputusanku. Aku akan buktikan kepada guru-guruku bahawa pelajar yang jarang masuk ke kelas ini ( aku bukan ponteng yek...banyak sangat jawatan yang aku pegang ) mampu untuk mengharumkan nama sekolah...insya-Allah..doakan kejayaan aku dan rakan-rakan seperjuangan..!!

2009 juga merupakan tahun yang memerlukan banyak pengorbanan. Masa untuk melayari internet terpaksa dikurangkan. Kalau tahun lepas hari-hari aku mengonlinekan diri, tahun ni hari minggu pun amat payah untukku mencuri masa melayari internet. Selamat tinggal laptopku...!!!

Akhir kalam, dalam kita sibuk menelaah pelajaran jangan lupa tanggungjawab kita yang lebih penting kepada Yang Maha Esa.

Kad daripada Encik Amir sempena tahun baru

Sekian,,ilalliqa' wama'assalamah...

 
Copyright 2009 TOMORROW FOR SURE