28 December 2009

Nasihat Daripada Seorang Kakak Tentang PLKN

Entri ni khas untuk mereka yang bakal bergelar wira dan wirawati. Kepada adik2 yang lain sudilah kiranya untuk turut serta membaca kerana mungkin kamu juga turut mengikut jejak langkah kami yang akan pergi ke PLKN. Kakak ni merupakan bekas pelajar sekolah aku tapi seingat akulah, aku tak pernah jumpa dia pun sebab dia pindah lepas PMR. Satu batch dengan abang aku.


Salam. Yana...emmm Yana kene g plkn eh?? Kene g kem mane?? Tahniah la. Mesti Yana rase macam entah pape akak cakap tahniah kan...hmmm.. Sebenarnya seronok sangat pergi plkn. Banyak ilmu baru dapat. Its all psychology. Dulu akak pun ingat tak best pergi plkn, rase macam malang sangat i/c no....heee..

Pasal baju, memang la kalau baju sukan (baju pt) dia memang ikut bentuk badan. Tambah pulak tudung kena masuk kat dalam. Tapi baju tu boleh kalau tak nak bagi ikut badan sangat. Nanti bila dapat je baju tu Yana terus tarik2 baju tu bagi dia melebar sikit. Jangan tarik ke bawah. Nanti jadi macam jubah pulak. Tarik2 ke tepi bagi dia lebar, tak ikut body la. Lagipun kan sebenarnya kita boleh mintak dengan kem komanden nak letak tudung kat luar time pakai baju pt. Kat sana cikgu2 baik2 sangat. Yana boleh pakat2 dengan kawan2 kat sana sekali dengan budak laki, cakap nak letak tudung kat luar. Kalau baju kelas tu ada je saiz besar yg tak ikut tubuh badan kita. Baju kawad pulak memang besar la. Jangan la mintak saiz kecik. Kalau baju kelas dengan baju kawad tudung masuk dalam pun tak de masalah sebab dia tak kecik.

Nanti kalau time bersukan cari la tempat hujung2 sikit dari lelaki. Tapi tu tak payah risau sangat sebab cikgu2 kat sana pun faham. Memang dia tak letaknya perempuan dekat2 dengan lelaki unless yang gedik2 sangat. Kebanyakan kem, cikgu2 sangat jaga pasal islamic nih. InsyaAllah letak niat pergi nak cari ilmu jugak. Tak de benda2 yang tak eloknya sebab nanti kat sana ramai jugak budak2 sekolah agama yang lain. Biasanya plkn ni jadual malam dia menerapkan ilmu agama. Setakat akak pergi plkn tu tak de pun benda yang tak elok. Dulu2 ye la, sekarang plkn dah banyak ubah dia punya modul. Macam aktiviti halangan, dia dah tak campur lelaki perempuan. Jangan terpengaruh dengan iklan2 pulak. Ada jugak certain2 kem yang langsung tak kumpulkan lelaki dengan perempuan kat satu tempat.

Sebenarnya benda tu atas diri masing2. Kat sane memang Yana akan dilayan macam budak umur 6 tahun.  Tapi kita dah besar kan. Pergi sana kena pandai jaga diri. Tu la yang kita panggil BERDIKARI. Ni la masa kita nak tengok apa yang kita belajar selama ni masuk dalam hati ke tak. Selama ni ada orang tolong control. Ni la masa kita nak tengok kita ni dah cukup besar ke nak jaga diri sendri. Nanti dunia universiti lagi besar. Plkn la ajar kita sikit2 macam mana nak sesuaikan diri dengan perubahan dunia. Apa2 pun akak pesan awal2. Jangan takut jangan malu nak suarakan pendapat. Kalau boleh selalu2 jugak sembang dengan kem komanden ataupun timbalan komanden. Bagitau dia apa yang kita nak. Kat sana kita pergi kena paksa so cikgu2 dengan komanden ikut apa yang kita nak. Jangan cakap dengan cikgu2 je banyak. Cakap dengan komanden tau..hehe.. Banyak pulak pesan. Lagi satu nanti Yana ambik la gambar banyak2 tau sebab nanti bila dah habis rindu sangat.



p/s : Ada sape2 lagi nak bagi nasihat? Hehe~

10 comments:

syauqatul wardah said...

ade2,ni utk yana,hehe

http://www.iluvislam.com/v1//readarticle.php?article_id=2133

ye,betul ckp akak tu
kita pegi nk cari ilmu
eh,'kita' pula,haha
salah2

jaga diri baik2,yana
ingat Allah selalu ^_^

MissYana said...

dah baca dah b2..
apa yg penting pkir positif..
mula2 memang pkir ntah pape..siap komen kat sanah lagi..
haha~tp bila kak mirah yang bg nasihat kat atas nie..rasa ok dah...

insya-Allah...
doakan dan ingat sy jugak ye b2.. :D

syauqatul wardah said...

biasa la ork,pengalaman baru ekpun,x penah rasa
betul kata kak mirah,tangkap gambar byk2,lps tu post dkt blog,nk tgk gak suasana dia

oo..jeles ye
tata...org ambik lesen kete dulu~~~ haha ^_^

MissYana said...

saya tak bawak kamera la..
guna kamera fon jadi la kan..??
hehe :D

dah dpt lesen jd pemandu sy ok! ;)

Rowena Chasez said...

adik...
jge diri leklok ye..
=)

syauqatul wardah said...

kamera juga,boleh2

haha..tgk komen dkt blog saya~~

zida said...

yana dapat eh plkn??
haha.
bagos la kalo mcm ni.
kawan zda takut gile.
camni nak soh die bace la blog hang
:)

MissYana said...

@rowena
insya-Allah kak..

@b2
dah baca dah... :D

@zida
mula2 mmg cuak..
tapi ramai gak senior yg bg nasihat..
hang habaq kat kawan hang pikiq positif la..
ajak la dia bace blog ambe nie.. ;)

alia said...

yana...jage diri... :(
sdeh ar nk pisoh nge kwn2 yg nk g plkn ni...
deki pon ade..ambe yg duk dumh ni nape wt x tau...haih~

MissYana said...

insya-Allah lia..
wah~jgn la sedih2...bukannya nak g jauh2 pun..
plkn je.. ;)
duk umah blaja memasak ye..senang nanti kalau org masuk meminang.. ;))

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda di bawah ini...Komen-komen anda amatlah dihargai ~

 
Copyright 2009 TOMORROW FOR SURE