25 December 2009

Apa Jawapan Anda Bila Berada Dalam Situasi Ini?



Macam mana korang nak jawab jika pertanyaan sebegini diajukan kepada korang?

SITUASI 1
Si A balik kampung sebab dah lama tak jumpa atuk nenek dia. Kebetulan pulak hari A balik kampung tu ialah hari raya. Kita andaikan Hari Raya Aidilfitri la. Biasa la, time hari raya ramai la sanak saudara dan kaum kerabat balik nak raikan hari yang mulia tu. Tambahan pulak, diorang nak tengok rupa A yang dah makin lawa tu. Ye la, dah lama tak balik kan. Kita kan tau kalau dengan sepupu dan orang yang bukan mahram dengan kita, kita wajib tutup aurat. Tiba2 ada sorang sepupu A tegur.

"Kenapa ko pakai tudung dalam rumah ha? Tak panas ke? Bukak2 la," sepupu A tegur.

Macam mana si A tu nak jawab pertanyaan sepupu dia tu?


SITUASI 2

Lepas A, B la pulak kan. B pergi tuisyen sebab tahun depan dia ambik SPM. Kalau B keluar rumah, dia akan pastikan sarung kaki dan sarung lengan dipakai. Kalau pakai t-shirt, baju tu mesti labuh paras lutut. Orang cakap baju muslimah la. Hari tu B ada tuisyen Matematik. Hujan pulak turun selebat-lebatnya. Sampai je kat tuisyen, lantai dah basah sebab siling bocor. Pengurus tuisyen tak betulkan lagi siling tu sebab ramai lagi budak2 yang tak bayar yuran. Tiba-tiba cikgu Matematik dia tegur.

Cikgu : Kan dah basah stoking awak tu.

B diam je. Dia terus ambik tempat duduk.

Cikgu : Kenapa awak pakai stoking ek? Wajib ke pakai stoking?? Cikgu tengok budak2 sek agama semua pakai stoking.

B : (dalam hati) Cikgu ni betul2 tak tau ke?

Budak sekolah lain jawab : Cikgu, kan kaki tu aurat. 

Cikgu : Ye ke? Saya tak tau pun.

**************************************

Macam mana korang nak jawab kalau korang berada dalam situasi tersebut? Kongsikan pandangan dan pendapat anda kat komen bawah ni ye. Komen la beratus2 patah perkataan pun. Yana tak kisah...hehe..

9 comments:

touyakaruma said...

situasi 1 : Tutup aurat

situasi 2 :Wajib

* Wajib ke pakat stokin ? yang wajibnya tutup kaki kan ?

::alwaniamalini:: said...

situasi tu selalu kena.. bila orang tanya camtu senyum jele..hehehe

~ana SoLehah~ said...

Salam Sahabat.. ^_^

tertarik ana mbaca N3 yg ini..
Alhamdulillah.. ana percaya masih ramai muslimat yg menjaga aurat.. semoga sentiasa istiqamah..
untuk situasi pertama tu, memang selalu berlaku.. sesiapa sahaja yg berusaha menjaga aurat pasti akan berdepan dgn pelbagai persoalan.. itulah cabarannya. Dari sana Allah melihat bagaimana kita berhadapan dengan bnyk soalan yg kadang membuat kita serba salah untuk memberi jawapan.. silap2 jawab orang akan kata kita ni "tujuk baik" baik pula.. jadinya, kita sendiri harus bijak dalam memberi jawapan..

Kalo yang tanya tu sepupu lelaki yg sebaya dengan kita, kita terangkanlah pada dia bahawa kita bertudung sebab nak menutup aurat. dia bukan mahram kita. dia bertanya mungkin disebabkan dia benar2 tidak yahu, dan menjadi tanggungjawab untuk kita menerangkan supaya dia menjadi tahu, dan pada masa akn dtg dia tidak bertanya lagi.. ana percaya dia akan menghormati pendirian kita.. insyaAllah, jika kita menjaga syariat Allah, Allah juga akan memlihara diri kita.. ^_^

begitu juga kisahnya jika yang tanya tu makcik2 kita.. nenek2 kita..jiran2..cikgu ka.. siapa sahaja yg bertanya, maka berkatalah yg benar..

moga sentiasa dalam Rahmat-Nya

salam Ukhuwah FiLLaH

Anonymous said...

semestinye kite sbg org yg bergelar muslimah wajib menutup aurat tak kire ape jua situasi kite berada....
:D

فحري عبدٲلله said...

salam.

pd pndpt sy itu merupakan ujian drpd Allah utk melihat samada kita sbg hambanya boleh trus istiqamah menurut perintahnya atau tidak.

^_^

MissYana said...

@touyakaruma
wajib tutup kaki..tapi cuma kamu fikir kalau x pakai stoking kaki tu dpt ditutup keseluruhannya atau x..?? cukup ke kalau sekadar melabuhkan kain..?? mesti akan terselak jugak kan..?? lagi2 kalau pakai seluar..


@alwani
tu la..senyum je.. :)


@anasolehah
salam sahabat kembali :)
nak terangkan kpd mereka agak susah sikit..kalau yg dpt terima alhamdulillah..ni kalau ada yg nak mempertikaikan..rasa mcm nak marah pun ada..tapi kita cuba sampaikan bilhikmah..
mungkin diorang tak dpt menghayati konsep menutup aurat dgn sempurna ni dgn baik..
kita doakan supaya hati mereka terbuka..i/Allah..


@anonymous
tak kira muslimah..muslimin juga patut jaga aurat mereka.. :D


@fahri abdullah
setuju..mungkin ada yg xdpt berhdpn dgn situasi ni dgn baik..moga kita terus berada dlm keredaan dan keberkatannya..insya-Allah

Faisal Abdullah said...

How To Add Link Into Your Comment?

Anonymous said...

salam 1 malaysia..
si 'A' mesti terangkan kat sepupu dia yang tak berapa paham tentang hukum tutup aurat secara elok2.
Dah hujan lebat n bocor tempat tiusyen sepatutnye cikgu batalkan je lah kelas,so tak de lah kemusykilan ini.
Ape2 pun bersederhana lah dalam apa jua tindakan
yang nak kita lakukan. takut nanti ada hati yang terasa ye........

zida said...

salam.
wah. kadang2 pernah gak lalui situasi ni.
cume yg pakai stokin tu je blom lg

1. for me huhu.. kita slow talk la dgn die. bgtau yg kte memang ske pakai tudung kat umah. pastu cerita la yang semua ni aurat. yelah, kadang2 sedara mara kita ni bukan tau sangat pasal agama. so,kita yang bersekolah agama ni la patut bimbing diorang,ajar diorang. slow2 pon tak pe lah. bukan nak tunjuk alim ke, tunjuk pandai ke, tapi kita dah dididik untuk berdakwah rite?

2.psl stokin ni, i x berani nak komen byk2. hehe sebab zida ni pon tak dapat hidayah sangat nak pakai stokin. tangan ni malas betul nak amek. cuma zda respect dengan one of my friend, Siti Aishah. die ni ex-Ketua Umum Aspuri. Agama memang peh~! Budak2 sume respect die. Tu la. Die pon salu nasihat kitorang. lg2 pasal aurat.

sume ni akan ditanya diakhirat....

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda di bawah ini...Komen-komen anda amatlah dihargai ~

 
Copyright 2009 TOMORROW FOR SURE