13 September 2009

Kad Raya Dulu vs Kad Raya Sekarang




Ramadhan hampir ke penghujungnya. Syawal pula bakal menjelma. Dah buat persiapan nak sambut Hari Raya? Hehe. Bagi pelajar2 SPM mesti ada antara korang yang tak ambil kisah sangat raya tahun ni. Ye la, SPM tak sampai sebulan lagi. Sekarang ni pun banyak negeri tengah buat Percubaan SPM.


Ok! Biasanya bila nak raya posmen mula sibuk. Apa taknya, banyak kiriman kad raya yang nak kena hantar. Tapi sekarang ni orang dah tak main dengan kad raya ni kan. Betul tak? Kad raya sekarang lagi canggih. Boleh hantar ikut e-mail, ikut telefon bimbit korang. Kad raya yang aslinya dah semakin dilupakan.


Kuantiti kad raya yang aku terima tahun ni pun dah berkurang dari tahun-tahun sebelumnya. Rasanya tahun ni la tahun yang paling sikit kad raya yang aku dapat. Kad raya yang pertama dan mungkin yang terakhir dari tahun ni adalah seperti gambar yang tertera, daripada Management and Science University (MSU). Hampir kesemua pelajar tingkatan lima sekolah aku dapat sebab masa awal-awal tahun dulu MSU datang kat sekolah aku, bagi sedikit ceramah dan taklimat tentang kemasukan ke MSU.


Kenapa dah makin ramai orang lupakan kad raya nie? Antara sebabnya pada pandangan aku ialah kad raya melibatkan kos untuk membelinya berbanding menghantar ucapan raya dengan menggunakan email, SMS dan MMS serta sewaktu dengannya. Sebab yang kedua ialah korang tak payah susah-susah pergi kedai beli kad raya, menghabiskan minyak je. Baiklah korang taip je ucapan korang guna email dan handfon korang yang canggih kan. Lagi cepat. Tak sampai beberapa saat si penerima dah terima ucapan korang. Sebab yang ketiga ialah ketiadaan masa senggang untuk membeli dan memilih kad raya. Nak pergi kedai satu hal. Nak pilih kad tuh pulak satu hal. Ambil masa yang lama. Kan, kan, kan?? :)


Tapi sebenarnya bila korang hantar kad raya yang original yang dibeli dari kedai tuh, lagi korang rasa puas. Masa nak beli tu, korang pilih kad yang lawa. Siap ada kata-kata yang puitis lagi. Ada sesetengah tu pulak ada lagu khas untuk yang teristimewa. Bila dah beli, fikir pulak kata-kata apa nak tulis. Nak bagi pantun ke, sajak ke seloka ke. Tulisan tuh mesti kemas kan agar mudah si penerima nak baca. Lepas tuh pulak, letak setem yang harga 10 sen, 20 sen, 30 sen. Akhir sekali, hantar kat pejabat pos. Bila si penerima dah terima kad raya korang mesti la rasa puas hati kan.Segala penat lelah korang saat dari memilih hingga hantar kad raya tuh dah terbalas bila si penerima baca dan mungkin balas balik kad raya tuh.


Pokoknya, walaupun dunia makin maju, teknologi makin canggih, janganlah kita lupakan cara lama untuk berhubung sesama keluarga, saudara dan rakan-rakan kita. Lepas ni, pergi kedai, beli kad raya. Jangan lupa hantar kat aku! :)


p/s: Raya tahun depan, sapa-sapa nak kad raya sila hantar alamat kat aku. Khas untuk kamu! Tahun depan ye, tahun ni tak sempat. Hehe.

11 comments:

mahirah said...

yana..
mane kad raya maerah?
14 hari dah maerah tggu..
hek2..
;D

touyakaruma said...

Tu laa pasal , asl ak minta kad raya jer misti ckp guna SMS jer . Asal minta kad raya kata bagi SMS jer . Huhuhu Kad Raya nie nilai dier tinggi oiii ... serius cakap .

- m!ss_yaNa - said...

@ mahirah
sabo ar.hari khamis ni yana bg..hehe~~

@touyakaruma
a'ah.kan best tgk ucapan yg dier sendiri tulis kat kad raya tuh.kdg2 SMS yg diorang hntr pown dpt dr kwn2 diorang gak.

touyakaruma said...

hai Yana ... bagi Mahirah jer ? Saya tunggu kad raya awk tak sampai rumah-rumah sy lagipun .

- m!ss_yaNa - said...

hehe~~
nmpknyer encik touyakaruma sudah jeles.. :)
mcm mane la nak smpi. alamat encik touyakaruma pun saya x taw.. :D

mahirah said...

ni maknenyer yana syg mahirah..
hahaha..ok yana..mahirah tggu..bg duit raya lalu tau...
;D

touyakaruma said...

Takper-takper .. tahun nie bagi Mahirah tahun depan bagi saya lak .

suhz said...

Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.. haha :X
mana kad raye.. tak dapat pun.. :D

KertaZ said...

Fuh.. Mcm terkena kt aku jer.. Wahhaha.. Mmg skrg main SMS jer.. Ye la.. Taip2 then send bulk (byk2).. Klau kad raya plak brapa ramai nk anta byk tu lah nk kena menulis.. Patah jari + abeh dakwat pen.. Wahahaha..

Btw kad raya x penah x ada dekat kedai / supermarket.. Sbb kad raya ni still ramai yg beli.. Sbb kad raya yg kita dpt / hantar kita bleh simpan sbgai kenangan.. Wat koleksi ker.. >.<

p/s : X der org kasi aku kad raya pong.. Anto es em es udah.. =_=

- m!ss_yaNa - said...

@suhz
taon depan ek.bg alamat..hehe~~

@kertaz
tu la..tp kadang2 ayat2 SMS tuh kiter copy dr owg len je..pastu forward kat kwn2..hehe~~

yup~wat koleksi kad raya..macam2 pattern ade.. :)

p/s:kalo nak kad raya tunggu tahun depan ar..tahun ni x sempat coz busy ngan trial..

iEn said...

suke kad raya original lagi.. leh simpan wat kenangan :D

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda di bawah ini...Komen-komen anda amatlah dihargai ~

 
Copyright 2009 TOMORROW FOR SURE