20 July 2009

Program Usahawan Muda - Bhgn. 1

Sebenarnya tak ada idea nak tulis. Tapi, ramai sangat yang suruh update blog yang dah lama berhabuk ni. Tiba2 teringat komen abg fazrul. Dia suruh buat entri pasal Program Usahawan Muda supaya PUM ni lebih dikenali.


Ok~ Kalau korang perasan, ada beberapa entri sebelum ini yang berkaitan dengan PUM. Antaranya yang ini, ini, ini, dan yang ini. Sila rujuk entri2 tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Orang kata tak kenal maka tak cinta kan? Hehe~ Ok, apa kata kita skodeng latar belakang PUM ni.


LATAR BELAKANG


Program Usahawan Muda (PUM) merupakan satu pendekatan pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang dilaksanakan Institut Keusahawan Negara (INSKEN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).



Pada permulaannya PUM dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dan mula dilaksanakan pada tahun 1989 di Sekolah Menengah Petaling dan Sekolah Menengah Vokasional Kuala Lumpur. Kemudian pengendaliannya berpindah kepada Kementerian Perusahaan Awam pda tahun 1990. Kementerian Perusahaan Awam seterusnya telah diperkemaskan dari segi skop serta fungsinya pada tahun 1995 dan namanya ditukar kepada Kementerian Pembangunan Usahawan. Sehingga 9 April 2009, nama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, dan kini INSKEN di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Program ini terus berkembang dan sehingga tahun 2008, penyertaan sekolah dalam program ini telah meningkat kepada 598 buah.


MATLAMAT
  • Memupuk dan membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah supaya menjadikan keusahawan sebagai kerjaya pilihan.
  • Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk memula dan melaksanakan perniagaan dengan berkesan.
  • Menyediakan peluang pembelajaran latihan keusahawanan secara praktikal (hands-on)
KAEDAH PELAKSANAAN
  • Pelajar menubuhkan dan mendaftarkan "Syarikat Sendirian Berhad"
  • Perniagaan syarikat dijalankan dan diuruskan selama sembilan bulan.
  • Syarikat dibubarkan.
Itulah sedikit sebanyak pasal PUM. Ada lagi sebenarnya tapi akan di sambung pada episod akan datang :)


Sekian,,ilalliqa' wam'aassalamah...

3 comments:

faz_3999-happy face said...

yana...
mcm ambil sebiji jer dlm buku aturcara...hehehe
bgus ar..krn buat promosi about pum to others..
kalu boleh..dpt maklumkan salah satu kejayaan team trg thn lepas apabila konvensyen nasional di adakan..
boleh gak cerita pasal our journey to perlis..utk tatapan org..
bermula dr sesi latihan kat pmint sehinggalah balik dr perlis..
kalu boleh make a nice story..
hehhehe

- m!ss_yaNa - said...

haha~
malas nak buat ayat sendiri..tu pasal cilok bulat2.. :)
insya-Allah..ade masa yana buat...ok atok fazrul..??

niecy_ said...

hurrmmpp i have big problem now..

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda di bawah ini...Komen-komen anda amatlah dihargai ~

 
Copyright 2009 TOMORROW FOR SURE