02 March 2009

Masyarakat Sihat Tanpa HIV

Pagi tadi ada satu program, Program Pendidikan Kesihatan Bersama Pemimpin Peringkat Daerah Kuala Terengganu. Tajuk program tu ialah "Masyarakat Sihat Tanpa HIV". Dirasmikan oleh YB Ustaz Hj. Muhammad Ramli bin Haji Nuh ( ADUN Tepoh ), program ni memang dikhususkan kepada para pelajar kerana kebanyakan yang terlibat dengan HIV ialah para remaja dan belia. Semalam pun dalam program Halaqah di TV9, sedikit sebanyak juga menyentuh tentang HIV kerana tajuk pada malam semalam ialah "Dating". Ye, seperti ceramah-ceramah yang lain, program ni bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat akan bahayanya jangkitan HIV, cara pencegahan dan kawalannya.

Adakah korang tahu bila kes yang pertama HIV /AIDS mula dikesan? Kes pertama HIV / AIDS dikesan pada tahun 1986. ( Kalau doktor tu tak bagitahu aku pun tak tahu gak.. ). Seperti yang kita semua sedia maklum, mereka yang membawa virus HIV dan menghidap AIDS kebanyakannya ialah orang Melayu. 72% daripada mereka adalah orang Islam. Diulang, orang Islam! Adakah bidang ini yang saudara2 kita kuasai selain bidang2 lain seperti menjadi mat2 rempit, doktor yang tidak bertauliah dan sebagainya? Bangkitlah wahai saudara2ku sekalian. Sampai bila kita perlu berada di tahap yang paling bawah?

Mengikut statistik hingga akhir 2007, Johor mencatatkan peratus yang paling tinggi manakala Terengganu pula berada di tempat yang ke lima dari 14 buah negeri di Malaysia. Selain itu, ni sebagai pengetahuan juga, 1 Disember setiap tahun merupakan hari AIDS sedunia. Kami juga turut didedahkan mengenai denggi dan chikungunya. Slot kali ini lebih menarik kerana penceramahnya begitu pandai berkomunikasi dengan para pendengar. Aku yang beberapa kali tersengguk-sengguk pun jadi segar balik. Hehe ~

Sesungguhnya tidak sah sesuatu majlis jika tiada acara penyampaian hadiah atau cabutan bertuah. Setelah beberapa nombor yang bertuah dipanggil, akhirnya tibalah ke giliranku. Tak sangka pulak sebab masa pendaftaran tu aku telah mem'bodek' kakak tu supaya memberiku nombor kegemaranku, 7. Oleh sebab tak ada, dia bagi la nombor 037.



Mula2 memang rasa macam tak ada harapan sebab hadiah mase tu pun tinggal berapa kerat je lagi. Tapi, betul kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Betul ke peribahasa ni? Kalau salah bagitau aku. Aku rasa setakat ni je entri kali ni. Siapa2 yang sama2 nak merasa hamper tuh bgtau aku..haha ~

Antara cenderahati yang diberikan oleh penganjur

Sekian,,ilalliqa' wama'assalamah...

16 comments:

farah suke cookies~~ said...

hik3.
beg and that glass.
mak farah ader.haha.
farah just ade bku yg gmba dier sebijik mcm beg tuh.
haha.nnti nk bodek ngan mak ar amek kt klinik dier beg n glass tuh.
cm bes jerr oh.haha.
beg itu lawa.

amadmarcello™ said...

:)

- m!ss_yaNa - said...

farah : buku..??
akak xdpt pun..??
hehe ~~
yup ~ beg itu sgt lawa..
tp mg tuh je ar..simple jek.. :)

amadmarcello : =)

aL!a spm 09 said...

sy mahu hadiah!sy mahu mkanan! sy mahu mug! sbb mse dftar, mug da abes... :(

- m!ss_yaNa - said...

awat dok mari kat kls ambe td..??
owg bawak cekedis..hehe ~

doh kelas alia mari lewat ngat ekpon..
xdpt ar... :(

KhairiL's said...

kalu x dpt hamper tu...
plastik hamper pun boley la



#naseb baek x de HIV...dh boley kawen dh ni
hahah =)

- m!ss_yaNa - said...

nak plastik hamper..??
ade lg nie..meh nak pos...
haha ~

xsaba2 nak kawen da ek..??
duit da lebey dr cukup kan..??
hehe :)

syauqatul wardah said...

yana,nk gak!
nk mknn!hak tu,hak tu dn hak tu....sy lapar ni.....(muke sakit perut)
sapa hati,ye x panggil pun kauthar,org tunggu gak lah...haha

XxmatxX said...

waaa miss menang cabutan bertuah tahniah!
no 7 tu pun aku suka gak..
haha no 7 mmg lucky number xD

Ahmad said...

yeah 7 77

- m!ss_yaNa - said...

b2 : knp mintak lmbt sgt..??
da habis da mknn tuh...hehe ~~
kls kauthar kan kelas pandai..kena blajar r..
hehe ~~

mat & ahmad : yeah...7...!!! :)

hady said...

seronok nya dia dapat hadiah!
saya pun nak juga...
apa apa pun x kisah
pos pada saya ya!
hehehe
kalau xkasi
saya cari kamu di tok jiring

HanNah said...

waahh.. tahniah mng cabutan brtuah..
mmg brtuah sungguh.. kak yana nmpk busy ek tahun ni.. update sebulan sekali ek??
hannah cuti terus..hehe

- m!ss_yaNa - said...

hady :
sy xkan kasi..carilah sy di TJ..
mmg nak suh senior nih dtg TJ pown..hehe ~~

hannah :
hehe ~ xsangka pun dpt..
busy..?? sedikit sebnyk busy ar jgk..
xpe hannah..thn dpn smbg balik.. :)

hady said...

segan nak ke tok jiring

sebab saya bukan lagi seorang
pelajar-bersongkok-senyuman manis-bermuka bersih-selalu ke surau-dan menjadi kegemaran adik adik junior..

saya rindu zaman budak budak di sekolah dulu!

- m!ss_yaNa - said...

akhi...
dtg je ar...
tp akhlak anda still ok kan..??
so,,xpe ar...
penampilan kita yang baik x semestinya menunjukkan diri kita yg baik... ~~

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda di bawah ini...Komen-komen anda amatlah dihargai ~

 
Copyright 2009 TOMORROW FOR SURE